Semalam saya terbaca berita tentang Ekspo Buku 1Malaysia ini, dan hari ini saya mengambil keputusan untuk mengunjunginya kerana hari ini adalah hari terakhir. Kebetulan pula saya berada di Serdang. Ekspo buku ini yang dijalankan di PWTC saya kira tidaklah besar sangat jika hendak di bandingkan dengan Pesta Buku Antarabangsa yang saban tahun dijalankan di tempat yang sama.
Bagi saya yang inginkan koleksi buku-buku terbaik nampaknya tidak kesampaian apabila mengunjungi ekspo buku ini. Hanya sebuah buku (kumpulan cerpen) yang berjaya menambat hati saya. Kumpulan cerpen dari penulis Siti Hajar Mohd Zaki yang berjudul Yang Lebih Dia Cinta.
*Saya menunggu Pesta Buku Antarabangsa yang dijangka pada bulan April nanti.
yup,nam gah tapi tak sehebat yang diharapkan...Pesta buku antarabangsa juga paling terkesan di hati.Tak sabar nak tunggu bulan April =)
BalasPadamYa semua menanti Pesta Buku Antarabangsa.
BalasPadamoh april ada lagi? aku baru nak menyesal sebab pergi lewat.. hehe.. betullah apa yg ditulis tu..
BalasPadamsyrkt penerbitan swasta lebih menyerlah.. how come? bawa berbincang la benda mcm nie.. promosi, publisiti dan harus ikut trend terkini..
Bulan April ni Pesta Buku Antarabangsa,ni cuma Ekspo Buku. Ya nampak suram sangat gerai DBP. Mulanya aku nak pergi cari majalah terbitan DBP. Langsung tak ada.
BalasPadamRasanya PBAKL nanti mesti lebih meriah. Saya pun belum pernah pergi, tetapi berdaarkan cerita dan gambar kawan-kawan yang pernah pergi sebelum ni, memang meriah.
BalasPadamOh ya, saya dah baca TC Februari 2011. Tahniah! =)
Saya baru sekali ke PBAKL. Memang meriah. Banyak syarikat penerbitan yang ambil bahagian. Kena luangkan masa yang banyak, kalau tak tak sempat nak cari buku.
BalasPadamYa ke? Saya belum beli dan baca lagi.
Dekat sini tak tahu nak beli di mana. Kalau boleh kongsikan dekat blog Haniff ok juga.