Kredit gambar daripada Utusan Malaysia |
Tahniah! Tahniah! Tahniah! kepada pemenang-pemenang sayembara mahupun pertandingan penulisan yang telah dianjurkan. Keputusannya ada yang telah lama diumumkan mahupun baru-baru ini. Di sini saya mahu berkongsi dengan rakan-rakan sekalian tidak kiralah yang sudah mengetahuinya ataupun belum.
Pertamanya, Pertandingan Menulis Cerpen Putrajaya Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan Wilayah Persekutuan Putrajaya 2011. Antara yang saya tahu Serunai Fakir telah memenangi tempat kedua menerusi cerpen Menebak Cinta Firdausi. Sili klik di sini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Keduanya, Pertandingan Jom Tulis Cerpen anjuran bersama kelab PROSTAR. Tahniah kepada 25 pemenang termasuk sagu hati. Antaranya Ridhwan Zainudin yang memenangi tempat kedua mempertaruhkan cerpen Sisa-sisa Kenangan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut para pemenangnya sila klik di sini.
Ketiganya, Pertandingan Sastera Berunsur Islam. Untuk kali ini dua kategori yang dipertandingkan iaitu cerpen dan lirik lagu. Tidak seperti selalunya yang mana kategori puisi tidak dipertandingkan. Siapakah pemenangnya bolehlah berbuat demikian dengan klik di sini
Assamualaikum wrt. Tahun 90an ayahnda pernah juga menang sagu hati menulis cerpen unsur Islam. Tidak dapat maklumat tentang peraduan itu. Harap anaknda bagitahu ayahnda kalau peraduan seumpama itu diadakan dimasa-masa yang akan datang. Terima kasih.
BalasPadamWaalaikumusalam, insyaallah sekiranya ada peraduan atau pertandingan seumpama itu akan anakanda khabarkan.
BalasPadamterima kasih....
BalasPadamSama-sama ayahanda. Dan tahniah atas kemenangan untuk cerpen berunsur Islam itu.
BalasPadamSaya suka melewati penulisan saudara terdahulu. Rupanya saudara seorang penulis cerpen tegar! Oh malu saya dibuatnya apabila bertemu pakar.
BalasPadamSaya sangat terharu sebenarnya dengan kesungguhan Wong untuk membaca entri lama saya.
PadamSaya bukan pakar Wong, tapi saya belajar melalui pengalaman. Siapalah saya waktu ini jika hendak dibandingkan dengan penulis yang lain.
Kalau pakar mesti terselit nama antara pemenang ni. Namun begitu, kalau kita tak cuba, kita tak tahu sejauhmana kemampuan kita.
Bagaimanapun sayembara tidak melambangkan seratus peratus kualiti penulis tersebut kerana penulis akan menulis mengikut kehendak penganjur.