Pengikut

Ahad, 12 Februari 2012

Hari Ahad Hari yang Dinanti-nantikan oleh Penulis

Hari ahad adalah hari bercuti bagi yang bekerja. Hari ahad jugalah hari yang dinanti-nantikan oleh penulis. Mengapa saya berkata begitu kerana hari ahad terdapat dua buah akhbar perdana yang menyediakan ruangan sastera iaitu cerpen dan sajak. Berita Minggu menyediakan sebuah cerpen dan 4-5 buah puisi setiap minggu. Manakalah Mingguan Malaysia pula juga menyediakan sebuah cerpen dan 4-5 buah puisi setiap minggu serta ruangan rencana sastera. Bagi penulis-penulis yang menghantar karya tidak kiralah cerpen, puisi mahupun rencana pasti akan ternanti-nanti sama ada karyanya tersiar ataupun tidak. Saya juga merasainya. Tidak hairanlah sekiranya anda melihat penulis-penulis sanggup membelanja sedikit wang untuk membeli kedua-dua buah akhbar ini saban minggu.

Debaran itu akan terhapus tatkala mengetahui senarai karya yang tersiar. Sama ada gembira apabila karya tersiar atau sedih ataupun sedikit kecewa kerana karya tidak terpilih. Bagi karyanya yang terpilih tahniah diucapkan dan bagi karya yang tidak terpilih cuba lagi. 

Untuk hari ini, Mingguan Malaysia telah menyiarkan cerpen Saifullizan Yahaya dengan cerpennya berjudul Pertemuan dengan Kitul. Empat buah puisi yang mengisi ruang pada hari ini adalah Falsafah Nan Renta oleh Mohd Haniff Mohammad Yusoff, Saleha Ahmad (Menayangkan Duka), Mustakim oleh Marjan S dan Bunga Tanah Airku oleh Norhisham Mustaffa. Saya mohon maaf kerana tidak dapat mengongsikan karya-karya yang tersiar di Berita Minggu kerana saya tidak membelinya hari ini. 



Cerpen pertama saya yang tersiar di Berita Minggu adalah Orang Surat Khabar. Kepada sesiapa yang berhajat untuk membacanya boleh klik di sini.

2 ulasan:

  1. Ayahnda tidak beli mp, tapi ada buka baca, tidak ada karya kita yang tersiar...harap anaknda maklum.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78