Assalamualaikum.
TAHNIAH kepada calon guru yang berjaya dan dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG). Sebagai seorang bakal guru, calon mesti mempunyai perwatakan dan penampilan diri yang sesuai dengan profesion keguruan.
Oleh itu, garis panduan ini boleh dijadikan rujukan dan panduan sebagai persediaan untuk menduduki ujian tersebut. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh menyebabkan calon dilarang daripada menduduki ujian. Sila ambil perhatian dan tindakan kepada perkara-perkara berikut :
Oleh itu, garis panduan ini boleh dijadikan rujukan dan panduan sebagai persediaan untuk menduduki ujian tersebut. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh menyebabkan calon dilarang daripada menduduki ujian. Sila ambil perhatian dan tindakan kepada perkara-perkara berikut :
PERATURAN MENDUDUKI UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG) 2014
1. Sila bawa perkara-perkara berikut ke pusat ujian :
a. Kad Pengenalan Diri/ MyKad
b. Tiket Panggilan Ujian yang dicetak melalui internet.
c. Pensel 2B dan pemadam
Penampilan dan pakaian lelaki:
a. Seluar track bottom berwarna hitam/biru dan Tshirt putih yang berkolar. Seluar jeans tidak dibenarkan.
b. Kasut sukan dan berstokin putih. Sandal atau selipar tidak dibenarkan.
c. Berambut pendek, kemas, tidak mencecah kolar baju dan tidak diwarnakan.
Penampilan dan pakaian perempuan:
a. Seluar track bottom berwarna hitam/biru dan Tshirt putih lengan panjang. Seluar jeans tidak dibenarkan.
b. Kasut sukan dan berstokin putih. Sandal atau selipar tidak dibenarkan.
c. Tudung berwarna gelap/hitam
d. Berambut kemas serta diikat rapi.
Bahan-bahan berikut tidak dibenarkan dibawa masuk atau keluar daripada bilik ujian
a. Membawa masuk apa jua buku, kamus, telefon bimbit, alat perakam, kalkulator, kamera, kertas dan barang lain yang dilarang ke dalam bilik ujian.
b. Membawa keluar buku soalan, kertas jawapan berkomputer atau kertas kira kasar pada bila-bila masa.
Perbuatan berikut adalah dilarang semasa ujian:
a. Meniru.
b. Mengambil ujian untuk orang lain.
c. Memberi atau menerima pertolongan semasa ujian.
d. Membuat sebarang komunikasi (bercakap, berbisik, memberi isyarat dan sebagainya).
e. Menyalin soalan sama ada secara menulis atau elektronik.
Sila berada 30 minit sebelum masa ujian. Calon yang datang lewat lebih daripada 15 minit selepas masa ujian bermula tidak akan dibenar masuk menduduki ujian.
1. Anda mestilah berpakaian kemas dan sesuai dengan etika profesion keguruan.
Pakaian untuk hadiri UCKG - gambar hiasan kredit foto dari - www.kerja.kerajaan.com |
Penampilan dan pakaian lelaki:
a. Berpakaian formal, sesuai dan kemas iaitu bertali leher, berseluar panjang dengan berbaju kemeja. Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan.
b. Memakai kasut dan berstokin. Sandal atau selipar tidak dibenarkan.
c. Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. Fesyen rambut tidak keterlaluan dan tidak diwarnakan.
Penampilan dan pakaian perempuan:
a. Berpakaian formal, sopan, kemas, sesuai dan tidak menjolok mata. Sandal atau selipar tidak dibenarkan.
b. Baju mesti berlengan panjang dan tidak ketat sehingga menunjukkan bentuk tubuh badan. Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan.
c. Solekan, aksesori dan pewangi adalah sederhana sahaja.
d. Fesyen rambut tidak keterlaluan dan tidak diwarnakan.
Rujuk juga entri ini:
1. PANDUAN MENGHADIRI UKCG
2. CONTOH SOALAN INSAK
3. UJIAN KECERGASAN FIZIKAL UNTUK UKCG
4. 5 CHECK POINT UJIAN KECERGASAN FIZIKAL UKCG
1. PANDUAN MENGHADIRI UKCG
2. CONTOH SOALAN INSAK
3. UJIAN KECERGASAN FIZIKAL UNTUK UKCG
4. 5 CHECK POINT UJIAN KECERGASAN FIZIKAL UKCG
ada yang kata, calon perempuan kalu boleh elakkan pakai baju yang berwarna terang / striking..betul ke?
BalasPadamYa, betul tu. Pakai baju yang cerah.
Padamdekat surat tulis pakai baju sukan dengan track bottom . . ? yang mana satu ni ?
BalasPadamKalau begitu, ikut panduan pada surat. Ini sekadar perkongsian sahaja semasa saya dahulu.
PadamMungkin untuk UKCG kena apakai baju sukan dan track bottom sebab ada ujian kecergasan fizikal kan.
so,nanti masa nak ambil exam bertulis pon kena pakai bju sukan n track bottom la ea?
Padambaju sukan tu wajib wane putih ke?? sbb ad org cakap mcm tu..dlm surat xde pun
PadamFarah hani, kalau ikutkan peraturan dalam surat panggilan hanya dinyatakan baju sukan kan, jadi itulah pakaian yang harus dikenakan.
PadamZulkhairi, seeloknya warna putih.
Padamlupalah zaman kak anim p ujian 24 tahun yang lalu..haha..
BalasPadamMungkin dah berubah.
PadamAssalamualaikum. Dalam surat Peraturan Menduduki UKCG tu, pakaiannya mestilah t-shirt putih bagi lelaki manakala bagi perempuan t-shirt panjang juga berwarna putih. Boleh anda jelaskan? Keliru sebenarnya.
BalasPadamWaalaikumusalam, jika sudah dinyatakan begitu, betullah tu. Dia tidak nyatakan suruh pakai baju formal kan?
PadamTetamu istimewa, ya betul tu. Shaa Azmil t-shirt putih yang berkolar kalau tak silap saya.
Padamya btol tu .. xde kat situ yang mnyuruh pkai pakaian formal .. jadi keliru
PadamPakai baju sukan sajalah. Heaven and paradise bila ujiannya? Nanti boleh dapatkan pandangan yang pergi esok.
PadamKita kena pakai baju Tshirt warna putih sejak dari awal atau masa ujian fizikal tu?
BalasPadamAda tak dinyatakan suruh pakai pakaian formal? Jika tak ada, mungkin pakai baju t-shirt tu daripada awal mungkin.
Padaminfo berguna kepada mereka yang kana mneghadiri interview..
BalasPadamNi belum temu duga Kak Kathy, baru ujian bertulis.
Padamalamak..inilah dia kalau tak tau ni..hehehehe..
PadamTersilap sikit je kak kathy hehee
PadamHUHU . Wahh , macam tu rupanya nak masuk ujian kelayakan calon guru ni . HUHU .
BalasPadamLebih kurang begitulah.
Padamdengar tu nasihat cikgu hilmi ^_^
BalasPadamHuhuhu...
Padamsangat confius pasal pakaian ni ..pelik .. tertera di surat tawaran tu kna pkai bju tshirt dan sluar track .. maksudnya kna pakai dari awal lagi laa baju sukan tu??
BalasPadamOk, jadi kena pakai tshirt dan seluar tracklah. Saya dulu tak ada ujian kecergasan fizikal tu yang pakai formal. Semoga berjaya ya.
Padamterima kasih atas kerjasama yg diberikan
PadamSemoga berjaya.
Padamujian bertulis dan ujian kecergasan fizikal berlainan waktu..dalam surat mmg tulis tshirt and track..pelik jugak
BalasPadamUjian bertulis pukul berapa? Ujian Kecergasan Fizikal pukul berapa? Hari yang sama juga kan?
Padamujian bertulis pg dlm 8.30 pg kemudian ptg dlm jam 2.30 ad ujian kecergasan.. tu yg keliru pg tu trus pakai bju t shirt putih ke..
Padamye hari yg sama.. ujian bertulis pg dlm 8.30 manakala ujian kecergasan ptg dlm 2.30 ..
PadamKata seorang calon yang telah menghubungi IPG, jawapan yang diberikan pakai baju sukan tu dari awal.
PadamNmpk nya kena pkai pkaian sukan sejak dri awal lgi la ni kn? Xperlu la pkaian formal . Okeh . Terima kasih info nya :)
BalasPadamRasanya begitulah. Semoga berjaya.
Padaminfo yang bagus cikgu Helmi, adik ipar saya juga bakal menduduki ujian ini:) sama-sama kita doakan kejayaan dia ya..
BalasPadamIni sekadar perkongsian CM. Ada calon yang cakap kena pakai tshirt. Jadi ikut pada suratlah ya.
PadamKeren bisa jadi orang-orang seperti itu :D
BalasPadamNice info
BalasPadamNice...
Padamsmoga berjaya bagi mereka yg bakal menjalani ujian kelayakan..
BalasPadamSemoga berjaya dan dapat lulus untuk temu duga pula nanti.
PadamSaya dah call pihak ipg , memang kene pakai pakaian sukan dr awal. sesi menulis pun kene pakai pakaian sukan
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian ini.
Padamingatkan mase ujian bertulis kene pkai formal dan bila ujian fizikal kene pkai bju sukan
BalasPadamJadi, adik Faiz pakailah baju sukan ya. Semoga berjaya.
PadamPakaian untuk menghadiri Ujian Bertulis dan Ujian fizikal berlainan kan?
BalasPadamSama saja. Kata salah seorang calon yang telah menghubungi IPG, pakai baju tshirt putih dan seluar track.
Padamso,nanti masa nak ambil exam bertulis tu kena pakai baju sukan n seluar track bottom la ea?
BalasPadamTak ada dinyatakan suruh pakai baju formal kan? Jadi, rasanya pakai baju sukan tu saja.
Padamsalam. nak tanya ujian bertulis tu macam mana ye cikgu?. saya bakal hadiri temuduga esok.
BalasPadamBoleh rujuk juga beberapa entri saya pasal UKCG dalam blog ni. Kalau nak mudah taip di kotak carian mudah di sebelah kanan berkaitan UKCG. Harap membantu.
Padamexam bertulis pakai baju formal. kemudian tukar pakai baju sukan untuk ujian kecergasan..
BalasPadamAmbil exam kena pakai baju formal dan kemudian tukar pakai baju sukan. bukan ke jarak waktu antara ujian bertulis tu dengan ujian kecergasan itu lama..
BalasPadamTerima kasih atas respon yang diberikan. Namun, kata calon UKCG tidak dinyatakan untuk pakaian formal. Dalam surat panggilan hanya diminta memakai tshirt dan seluar track.
PadamYg mne satu ..pninng lar
BalasPadamIkut pakaian yang dinyatakan dalam surat panggilan. Tidak mengapa, bila afendi pergi ujian ni? Nanti esok jika ada yang berkongsi tentang pakaianya akan saya maklumkan di blog ini ya. Semoga berjaya.
Padamdalam ujian bertulis tu ada dinyatakan bahagian A dan B..masa 45 minit. jadi mcmana tu.?
BalasPadamKedua-dua bahagian 45 minit ya? Barangkali ada pembahagian masa dan bentuk soalannya tu. Usahlah risau, buatlah persediaan yang rapi dan terbaik. Semoga berjaya.
PadamSye akn ambik ujian hri nie.di kmpus ilmu khas..kuala lumpur...ujian brtulis kul 12 dn kecergasan kul 2.30
BalasPadamSemoga berjaya. Nanti bolehlah berkongsi pengalamannya ya.
Padammaklumat lengkap ni
BalasPadamharap berguna pada yang terlibat
Berkongsi sekadar ada. Jika ada maklumat lain, boleh juga dijadikan sumber rujukan.
PadamSaye mndpt bahasa asarb. Dan bahasa arab kene interview. So nnt kne tukar pakaian formal ke? sbb mase ujiwn bertulis nnt pakai pakaian sukan. Cm mne tuh? Dan fizikal saya pada jam 12.30 tgah hari. Bertulis pada jam 8 pagi
BalasPadamOh, untuk UKCG ni ada juga temu duga ya? Setahu saya ujian bertulis sahaja. Masa sesi temu duga nanti baru ada sesi penyoalan.
PadamSaya sangat suka cikgu terbitkan artikel2 maklumat sebegini dari drama online tu... Lihat, ianya sangat berguna dan menjadi rujukan ramai... Teruskan memberi ilmu, itulah cikgu sebenarnya... :)
BalasPadamInsya-Allah, saya akan terus berkongsi maklumat tentang dunia pendidikan di blog ini sedaya ada BM. Terima kasih atas sokongan.
PadamSaya juge akn mnduduki ujian ni. Tp asyik pkir prkara yg remeh je. Urmm. Kalo pake stokin itam x bole ke? Sbb kat surat tlis pake stokin putih. Stokin putih mmg x de. Nak kne beli lg. Tkut ni sbb pg nnti ujian nye. X bole tido ni. Hehe. Kat Surat ade tlis Kalo x ikut prturan yg dttpkan. X dbnrkan amek ujian. Bole ke x?? Hurm..
BalasPadamOh, berfikirlah positif. Jika boleh pakai apa yang dinyatakan. Semoga berjaya.
PadamDari etika pemakaian tu pun nampak sopannya & berwawasan.. semoga berjaya kpd semua calon2 yg menghadirinya nanti... aamiin.
BalasPadamPakaian ini juga merupakan identiti profesion perguruan.
PadamSaya mendapat tahu pelajar boleh memakai pakaian baju formal semasa ujian bertulis. Dan tiada salahnya. Semasa ujian fizikal. Pelajar boleh menukar pakaain sukan.
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian ini.
Padamassalamualaikum, sekadar berkongsi pengalaman pada 14/4/2014
BalasPadamsaya baru je lps hadir ke ukcg di pahang. dari segi pakain, pakai je terus baju putih. sebab lepas dah habis ujian bertulis dia akan terus continue ke ujian kecergasan. :) semoga dapat membantu
Waalaikumusalam, alhamdulillah. Terima kasih atas perkongsian ini. Bolehkah saya tahu bagaimanapula bentuk soalan Bahagian A dan Bahagian B?
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padammacam biasa 45 minit sahaja untuk ujian bertulis.
Padamujian kecergsan fizikal.
*nak senang pastikan bawak air. nanti letih.
-BMI
-BANGKIT TUBI (5 STEP)
-KILAS
-LOMPAT KUADRAN
-BEEP TEST (kena kumpul banyak stamina)
soalan2 ujian bertulis kebanyakkan nya bertanya tentang diri kita sendiri sebagai seorang guru.
PadamA (135 soalan)
B (60 soalan)
Terima kasih atas perkongsian ini ain'syaa. Semoga berjaya ya.
PadamExuse me,tanya...Perempuan pakai T-shirt putih lengan panjang kan?T-shirt tu nak berkolar tak?
PadamYa, jika bukan Melayu rasanya berkolar. Melayu tak berkolar pun tidak mengapa sebab pakai tudung kan.
PadamBoleh juga dapatkan respons daripada calon yang telah menghadiri UKCG.
okok~Saya org cina...sentiasa org cina pakai formal punye baju macam mana ye?Formal shirt lengan panjang dan dress hitam panjang ke?boleh pakai seluar hitam panjang ke?shirt lengan panjang mesti nak putih ke?saya hanya ada shirt panjang berwarna dan seluar hitam ><
PadamYa, untuk UKCG pakaian tshirt putih kan. Jadi pakai tshirt putih dan seluar hitam panjang. Warna lain saya tidak berani jawab pula.
Padamokay terima kasih :D
Padambeep test mcm mna yerr???....hurmm klau xdak kasut sukan...bleh x pkai kasut skolah wrna hitamnya tuu??
BalasPadamBoleh rujuk entri ni: http://mieadham86.blogspot.com/2014/04/5-check-point-ujian-kecergasan-fizikal.html
PadamHello, if tiada tshirt lengan panjang....blh tak pkai Tshirt putih dgn sarung lengan?
BalasPadamRasanya tidak menjadi masalah.
PadamBleh x klau pakai kasut sekolah hitam tu?kasut sukan xdak
BalasPadamRasanya boleh, asalkan bertutup.
Padamboleh tak pakai seluar slack dan kemeja berlengan panjang ke temu duga nanti?
BalasPadamassalamualaikum . untuk temuduga boleh tak pakai baju kurung kain cotton berwarna merah tapi tak lah terang.. merah pudar ..
BalasPadamassalamualaikum .. utk pakaian ketika temuduga .. boleh tak pakai baju kurung kain cotton .. n boleh tak pakai bju kosong tanpa corak .. adakah ia sangat simple?
BalasPadamBaju tshirt putik berkolar lelaki tue perlu plain or apa?..bercorak or berstyle takpe ker?
BalasPadam2019 April, 2.
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian ini