Siri Kumpulan Cerpen Pilihan Abad ke-20 yang mengandungi 37 judul buku hasil karya 37 orang pengarang ini mewakili segugus pengarang penting Persekutuan Tanah Melayu/Malaysia yang telah mencambahkan puluhan ribu cerpen dalam tempoh satu abad yang baru berlalu. Pelbagai tema dan persoalan yang terungkap dalam sejumlah lebih 700 cerpen ini, secara tersirat dan tersuratnya, sejalur dengan gelora perjalanan sejarah tanah air. elemen dalaman cerpen-cerpen ini merupakan rakaman kreatif persekitaran masing-masing pengarang yang sekali gus memancarkan citra, cita-cita dan minda mereka sepanjang seabad perjalanan sejarah tanah air yang dilewati. Siri kumpulan cerpen ini merupakan perada warisan yang mengalaukan tamadun bangsa dan sekali gus menjadi mercu tanda klasik arena percerpenan yang terakam dalam bahasa Melayu. (Petikan daripada Siri Kumpulan Cerpen Pilihan Abad ke-20)
Untuk menjadi seorang penulis yang berwawasan, kita haruslah membaca karya-karya yang bermutu agar dapat meneliti, menghayati, mempelajari lenggok langgam gaya bahasa seseorang penulis hebat. Dari situ juga kita dapat melihat bagaimana penulis itu memburu idea, mengadun plot, menerap latar, mewujudkan unsur-unsur yang menjadikan sesebuah hasil karya itu menarik.
Alhamdulillah, saya telah berjaya memiliki sejumlah daripada siri kumpulan cerpen ini. Antaranya:
1. Bunga-bunga Pulau - Fatimah Busu
2. Taman Uzlah - Zaen Kasturi
3. Pendoa yang Ikhlas - Azizi Hj Abdullah
4. Antara Dua Deru - Arenawati
5. Menyirat Nirmala - S.M. Zakir
Walau bagaimanapun saya berusaha untuk memiliki seberapa banyak siri kumpulan cerpen ini. Kepada penulis-penulis baharu di luar sana (termasuk saya) sesungguhnya membaca karya yang bermutu adalah makanan yang mengenyangkan.
Semua ni karya-karya hebat. Belum pernah saya baca. Mungkin perlu digiatkan usaha mencari pula buku-buku tulisan penulis-penulis hebat untuk dibaca.
BalasPadamPaling saya suka Pendoa yang Ikhlas karya Allahyarham Azizi Abdullah. Inilah antara penulis idola saya.
PadamTajuknya dah cukup menarik hati. Tentu seronok membacanya kan cikgu. :)
Padam