Pengikut

Selasa, 8 November 2011

Mula Bertugas


Akhirnya setelah berpenat lelah menimba ilmu di Institut Pendidikan Guru, Kampus Perlis selama setahun saya berjaya ditempatkan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Choong Chee, Ulu Yam Lama, Batang Kali Selangor. Sudah dua minggu saya berada di sini. Betapa perjalanan melaporkan diri menuntut kesabaran saya. Sudahlah tarikh melapor diri yang dikeluarkan Jabatan Pelajaran Malaysia agak tergesa-gesa (tiada tempoh persediaan yang mencukupi). Setelah mendapat tahu saya dikehendaki melaporkan diri di SJKC Choong Chee saya menjadi gelabah.

Pertamanya kerana saya tidak tahu di mana tempat saya perlu melapor diri.
Keduanya, saya tiada kenalan yang menetap di Selangor.
Ketiganya, saya perlu bergegas ke Jabatan Pelajaran Selangor di Seksyen 4, Shah Alam untuk mengambil surat penempatan guru.
Keempatnya di mana pula saya hendak tinggal nanti (tempat tidur) dan masalah pengangkutan.

Alhamdulillah segala-galanya berjalan dengan lancar. Saya sangat bersyukur dengan rancangan-Nya walaupun pada mulanya di fikiran ini sarat dengan masalah, tekanan dan hanya Dia yang tahu. Terima kasih juga saya ucapkan kepada individu-individu yang telah bersusah payah membantu saya. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Oleh itu, sudah tiba masanya tenaga saya diperlukan di sini untuk mendidik anak bangsa. Saya mengharapkan kerjasama daripada semua pihak.

3 ulasan:

  1. Wah, baru tiga tahun cikgu menjadi cikgu rupanya. Tapi nampak macam dah lama sangat. :)

    BalasPadam
  2. Lebih kurang begitulah. Setelah setahun lebih di SJKC saya ditukarkan ke SK Batang Kali kerana lebihan guru BM di SJKC tu. Sebenarnya saya beruntung juga kerana ada pengalaman mengajar di sekolah cina berbanding orang lain.

    Macam dah lama? Ya ke? Kenapa boleh timbul macam tu? hehehe

    BalasPadam
  3. Entahlah, saya rasa cikgu ni macam dah lama sebab tengok kepada tugasan cikgu agaknya. Sentiasa sibuk dengan perkara itu ini, siapkan itu ini. Agaknya la. :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78