Pengikut

Jumaat, 25 November 2011

Lelaki Dari Dhaka

Mingguan Warta Perdana
Edisi 27 November 2011

Ini merupakan percubaan kedua saya menghantar cerpen ke Mingguan Warta Perdana. Alhamdulillah, diterima. Terima kasih saya ucapkan kepada editor. Dan tidak dilupakan juga kepada Effa (Nurul Farehah Jaamad) yang memberi sokongan.


Sebenarnya cerpen ini sudah lama dihasilkan. Setelah mengeditnya berkali-kali untuk menyesuaikan dengan kehendak editor yang mahukan karya yang dihantar tidak melebihi 30 hingga 40 perenggan atau lima kertas A4. 


Sememangnya agak sukar kerana cerpen ini melebihi kehendak itu. Walau bagaimanapun saya cuba membuang selumbar yang kadang-kadang menganggu. Mengetam duri-duri yang hadirnya tidak membantu. Unsur-unsur lewah dan berlebihan saya tarah. Dan akhirnya hasilnya inilah. 


Anda boleh membacanya di akhbar Mingguan Warta Perdana edisi 27 November 2011. Anda jangan pula terkejut kerana tarikhnya belum tiba tetapi cerpenya sudah tersiar. Sebenarnya Mingguan Warta Perdana terbit awal seminggu. Selamat membaca.

8 ulasan:

  1. hik3.. ni msti kelas dulu kan.. caya la geng!! nti g carik!! =)

    BalasPadam
  2. Heheheh...pecah tembelang kan. Tak apa asalkan karya itu baik. Itulah faedahnya bila buat kerja dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Tak sia-sia Dr. Lim paksa kita kan. Walaupun cerpen tu dah lama dihasilkan masih berkualiti (bangga diri nampak).

    BalasPadam
  3. tahniah... mingguan perdana tak wujud di tempat saya ni... nampaknya tak dpt la saya baca cerpen sdr

    BalasPadam
  4. Terima kasih kepada Tuan mohamadkholid yang sudi menjengah blog saya dan meninggalkan jejak. Insyaallah, andai ada rezeki saya akan postkan cerpen itu di blog saya. Sudi-sudilah menjengah blog saya kali kedua.

    BalasPadam
  5. Salam tahniah daripada Effa. Memang editor Mingguan Warta Perdana pasti akan menyiarkan karya penulis. Teruskan menulis! Tahniah!

    BalasPadam
  6. Terima kasih Effa. Insyaallah ini baru permulaan, harap-harap selepas ini akan ada lagi karya yang tersiar di sini.

    BalasPadam
  7. Tertarik dengan kata-kata ni
    "Sememangnya agak sukar kerana cerpen ini melebihi kehendak itu. Walau bagaimanapun saya cuba membuang selumbar yang kadang-kadang menganggu. Mengetam duri-duri yang hadirnya tidak membantu. Unsur-unsur lewah dan berlebihan saya tarah. "

    Memang dalam menghasilkan karya bermutu, kerja mengedit perlu dilakukan sebaik mungkin. Edit sampai sepuluh kali pun tak apa. Yang penting bermutu. Setakat ni, karya-karya saya belum pernah diedit melebihi lima kali. hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau Wan Hanif tak komen, pasti saya pun dah tak ingat kata-kata yang saya tulis ni.

      Ya, penulis perlu terlebih dahulu menjadi editor kepada karyanya. Perlu baca, edit, baca dan edit. Kalau betul-betul puas hati baru hantar ke media penerbitan. Sebenarnya saya banyak belajar apabila karya saya tidak disiarkan dan terperam lama. Rupanya ada baiknya juga. Kita ingatkan karya itu sudah cukup bagus. Tapi bila diteliti semula masih ada kelemahannya. Dan bila dimurnikan semula, mudah untuk dipilih editor.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78