Pengikut

Isnin, 7 November 2011

Kembali Bernafas


Akhirnya saya kembali bernafas dalam dunia blog ini. Saya mengharapkan ianya akan berterusan. Jika selama ini saya hanya menziarahi blog orang lain, tetapi kini saya memiliki sendiri. Dengan harapan pembukaan blog ini bukan sekadar tempat meluahkan perasaan, berkongsi pengalaman, pendapat, jauh lebih daripada itu iainya mampu mencetuskan minda dan bermanfaat untuk semua. Sebenarnya banyak lagi yang hendak saya kongsikan dengan pengunjung-pengunjung blog ini. Pastikan anda menantinya dengan penuh semangat dan harapan setiap kali anda mengetuk pintu blog ini anda akan dijemput masuk dan dihidangkan dengan juadah, santapan yang mengenyangkan jiwa. Wallahhualam.

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum cikgu. Saya bersantai petang hari ni dengan membaca entri-entri lama cikgu. :)

    Catatan pertama cikgu yang buat saya sedikit keliru. 'Kembali bernafas' saya faham sebagai memulakan semula penulisan di blog. Maksudnya sudah ada blog sebelum ini. Tetapi disertakan ayat seterusnya, ....kini memiliki sendiri. Maksudnya macam baru punya blog. Kan?

    Apapun, tahniah sebab berjaya bagi kami semua kenyang. Hehe.

    BalasPadam
  2. Waalaikumusalam, malunya saya. Ya, sebelum ni saya pernah ada blog. Tapi, kata laluannya saya lupa. Lagi pun blog itu diwujudkan untuk kusus Bahasa dalam Multimedia sewaktu menuntut di UPM.

    Saya juga suka membaca coretan di blog orang lain waktu itu. Setelah itu, terpanggil untuk mewujudkan blog baru sendiri pula.

    BalasPadam
  3. Okay, saya faham! Maksudnya dah pernah ada blog dan wujudkan blog baharu. Hehe. :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78