Pengikut

Khamis, 10 April 2014

Format Ujian Bertulis untuk Calon Guru KPM


Saya terpanggil untuk melanjutkan sedikit lagi perbincangan tentang ujian bertulis yang MESTI diduduki calon guru sebelum dipanggil TEMU DUGA. 

Sekarang ini, calon guru lepasan Sijil Pelajaran Malaysia sudah pastilah berdebar-debar untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) yang akan diadakan pada 14 hingga 17 April 2014 nanti. 

Selain UKCG, untuk pengambilan guru Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) calon MESTI menduduki ujian bertulis. Setiap satunya akan menduduki ujian yang berbeza. 



Nota: Saya mengingatkan sekali lagi bahawa format ujian yang saya kongsikan ini hanyalah untuk Ujian MTeS dan MDeSI bukan UKCG. Harap maklum. Saya tidak mahu nanti calon terkeliru setelah membaca entri saya ini. (Bagaimanapun, sekurang-kurangnya calon dapat pencerahan apakah komponen yang disoal dalam ujian bertulis untuk calon guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Malaysian Teacher Salection Test (MTES)

MTeST merupakan singkatan bagi “Malaysian Teacher Selection Test” (Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia). Ujian ini digunakan sebagai saringan awal untuk calon yang memohon mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) di institut/ maktab perguruan Malaysia. Calon yang telah menduduki ujian dan mencapai tahap yang ditetapkan sahaja akan dipanggil temu duga.

KOMPONEN DAN TEMPOH MENJAWAB MTeST


Buku
Komponen
Jumlah Soalan
Masa (minit)
A
INSAK
135
30
B
Kuantitatif
30
30
C
Bahasa Inggeris
25
30
D
Analitikal
20
30
E
Verbal
25
30

HURAIAN KOMPONEN MTeST

Rasional
Calon perlu memiliki ciri-ciri sahsiah yang terpuji, positif serta kesediaan yang tinggi untuk memikul tanggungjawab sebagai guru. INSAK merupakan ujian bagi mengesan kesesuaian sahsiah calon untuk profesion keguruan. Komponen ujian ini  mengandungi gagasan  amanah, taat setia, ikhlas dan dedikasi, kawalan emosi, disiplin, kepekaan, kepimpinan, motivasi, kreatif dan inovatif serta kematangan fikiran. Komponen INSAK merupakan teras dalam MTeST dan calon perlu mencapai tahap yang ditetapkan.

Objektif 
Komponen ujian ini bertujuan memilih calon selaras dengan keperluan profesion keguruan; mengenalpasti calon yang mempunyai sahsiah yang sesuai dalam bidang keguruan.
Format Soalan
Jumlah soalan:          135
Masa:                       30 minit
Bentuk soalan:          Soalan objektif dengan dua pilihan jawapan


Panduan Menjawab Soalan
Calon dikehendaki menjawab secara spontan, purata 4 – 5 soalan dalam masa 1 minit

KUANTITATIF

Rasional
Kebolehan untuk memanipulasi data atau maklumat seperti membuat perbandingan antara dua kuantiti, mentafsir data dan menyelesai masalah dianggap sebagai kemahiran asas bagi semua bakal  guru. Keupayaan ini membolehkan mereka membuat keputusan dengan lebih tepat, cekap dan berwibawa.

Objektif
Komponen ini bertujuan mengenal pasti dan memilih calon guru yang boleh mengaplikasi asas-asas matematik sekolah menengah (Aritmetik, Algebra dan Geometri) dalam pelbagai situasi; membuat perbandingan antara dua kuantiti; membaca, mentafsir dan membuat analisis carta, jadual, graf atau rajah; menyelesaikan masalah yang melibatkan penggunaan data; membuat ramalan berdasarkan maklumat kuantitatif dan; membuat keputusan yang terbaik berdasarkan maklumat kuantitatif.
Format
Komponen kuantitatif mengukur pengetahuan, kefahaman konsep dan kemahiran asas matematik. Komponen ini menggunakan jenis soalan yang berbentuk

perbandingan kuantitatif       -           15 soalan
penyelesaian masalah &
mentafsir data.                    -           15 soalan

Jumlah soalan:          30
Masa:                      30 minit
Bentuk soalan:          Soalan objektif dengan empat pilihan jawapan

Panduan Menjawab Soalan
Calon diingatkan tidak membazir masa membuat pengiraan yang terlalu tepat untuk membanding dua kuantiti;
mempertimbang semua jenis nombor sebelum membuat keputusan; gambar rajah geometri tidak dilukis mengikut skala; perbandingan perlu dibuat berasaskan pengetahuan matematik.

BAHASA INGGERIS
Rasional:
Bahasa Inggeris merupakan bahasa ilmu yang digunakan di peringkat global. Oleh yang demikian amatlah penting bagi calon yang mengikuti kursus di maktab perguruan mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bahasa tersebut untuk membolehkan mereka mendapat maklumat daripada pelbagai sumber.

Objektif
Komponen ini bertujuan memilih calon yang mampu: mengesan dan memperbaiki kesilapan penggunaan bahasa Inggeris dalam pelbagai situasi; menggunakan bahasa Inggeris yang gramatis dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Format
Terdapat tiga jenis item:

Error identification                -           10 soalan
Improving sentences             -           10 soalan
Improving paragraph            -             5 soalan
Jumlah soalan:          25
Masa:                      30 minit
Bentuk soalan:          Soalan objektif dengan empat pilihan jawapan


Panduan Menjawab Soalan
Candidates are required to: answer three types of item i.e. Error Identification, Improving Sentences and Improving Paragraph; read the instructions for each item carefully; choose/select the best answer from the four options given in each question.

ANALITIKAL

 Rasional
Keupayaan analitikal  merupakan daya taakulan seseorang yang menjadi asas pembentukan manusia yang saintifik, progresif dan  berkeyakinan terhadap kemampuan diri untuk membolehkannya berdaya suai, berwawasan dan berteknologi tinggi.

Objektif
Komponen ini bertujuan mengenal pasti dan memilih calon guru yang berpotensi serta mempunyai keupayaan analitikal dan logikal.

Format
Komponen ini mengandungi 2 bidang

Analitikal        -           16 soalan
Logikal           -             4 soalan
Jumlah soalan:          20
Masa:                      30 minit
Bentuk soalan:          Soalan objektif dengan empat pilihan jawapan

Panduan Menjawab Soalan
Calon dingatkan bahawa soalan analitikal adalah berdasarkan rangsangan atau penyataan dan diikuti dengan beberapa soalan. Membuat rajah, jadual atau membuat catatan ringkas akan membantu calon menjawab soalan jenis analitikal; logikal adalah berdasarkan rangsangan atau penyataan dan diikuti dengan satu soalan.

VERBAL

Rasional
Kemahiran verbal  mencakupi aspek komunikasi yang menjadi asas penting bagi setiap individu untuk berinteraksi antara satu sama lain. Sehubungan itu, seseorang calon guru haruslah menguasai kosa kata yang sempurna serta dapat menghubungkaitkannya melalui komunikasi. Komponen ini akan menilai kemampuan calon menguasai kemahiran tersebut. Penguasaan verbal bertujuan menguji tahap kemahiran menghubung kait, menaakul dan menguasai kosa kata.

Objektif
Komponen ini bertujuan mengenal pasti tahap taakulan verbal calon sebagai alat komunikasi; mengesan kemampuan calon untuk bertindak secara matang, rasional dan profesional; membolehkan calon mengaplikasikan kemahiran verbal secara berkesan.

Format
Komponen verbal mengandungi 3 bidang :

Analogi                                   –          15 soalan
Melengkapkan Ayat              –            5 soalan
Kefahaman                            –            5 soalan

Jumlah soalan:          25
Masa:                       30 minit
Bentuk soalan:          Soalan objektif dengan empat pilihan jawapan

Panduan Menjawab Soalan
Calon diingatkan bahawa soalan analogi memfokuskan pasangan perkataan atau rangkai kata yang memperlihatkan unsur hubungan tertentu. melengkapkan ayat terdiri daripada satu ayat majmuk dengan satu atau dua tempat kosong kefahaman menguji sejauh mana calon memahami sesebuah petikan.

MALAYSIAN EDUCATORS SELECTION IVENTORY (MEdSI) 

Ujian Inventori Pemilihan Pendidik Malaysia [Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI)] ialah suatu ujian pemilihan untuk kemasukan ke Program Pengajian Pendidikan Lepasan STPM/Setaraf di Institut Pengajian Tinggi Awam. Soalan dalam ujian ini adalah berbentuk psikometrik.  Jumlah soalan ialah sebanyak 300 soalan yang perlu dijawab dalam masa 1 jam.

Format Ujian MEdSI

Ujian MEdSI mengandungi 300 soalan dan perlu dijawab dalam masa 1 jam. 
Terbahagi kepada 4 bahagian:
Personaliti – 110 soalan
Minat Kerjaya – 60 soalan
Nilai Integriti – 70 soalan
Kecerdasan Emosi – 60 soalan

Soalan ujian MEdSI berbentuk aneka pilihan.
Calon dikehendaki memilih pilihan jawapan yang sesuai dengan diri calon dan tiada jawapan yang betul atau salah.

UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG)

Ujian Bertulis


  • Mengandungi 195 soalan. 
  • Masa yang diperuntukkan 45minit.
  • Soalan dibahagikan kepada Bahagian A 135 soalan, dijawab pada kertas OMR jawapan A dan B pada muka hadapan, dan soalan Bahagian B 60 soalan, A,B,C,D dijawab pada muka surat belakang.


Kredit sumber: Kalam Syabab



35 ulasan:

  1. Syukurlah masa abe nak apply pre-esl dulu x de ujian mcm ni. Cuma ada written test..kena jwb dua esei. Clear yg tu gi interview d upm. Syukur dpt buat pre esl di UM.

    BalasPadam
  2. kena ambil tahu juga ni demi anak2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya Kak Hanim tak jadi masalah kot, kerana Kak Hanim juga seorang guru. Yang banyak panduan yang boleh berkongsi dengan anak-anak kan.

      Padam
  3. Semoga maklumat ini membantu guru2 yg memerlukan.. :)

    BalasPadam
  4. thanks cikgu......pandauan boleh bantu saya duduk exam UKCG

    BalasPadam
  5. panduan berguna..

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum admin. Terima kasih atas kesudian berkongsi ilmu. Saya amat menghargainya. Doakan saya. :)
    * bakal pendidik. In syaa Allah, aamiin *

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam, sama-sama. Tahniah, semoga berjaya.

      Padam
  7. Assalamualaikum..terima kasih kerana berkongsi ilmu ini kepada saya dan rakan-rakan yang bakal mengambil Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) semasa temuduga nanti..

    BalasPadam
  8. perkongsian yg berguna bagi mereka yg memerlukan.. :0

    BalasPadam
  9. Terima kasih admin untuk segala panduan dan info UKCG. :)

    BalasPadam
  10. terima kasih atas panduan yang sgt berguna untuk saya kongsikan dgn anak yg bakal mengambil UKCG minggu depan.

    BalasPadam
  11. I think this information will help and it will be work.. thankxx so much gv a explanation such like this..

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah , sekurang2nya ada pencerahan tentang Ujian Kelayakan ni. Terima kasih (:

    BalasPadam
  13. terima kasih atas makluman berguna, harap dipermudahkan semuanya. Doakan saya,

    BalasPadam
  14. buku untuk soalan insak ni sama ke dengan ujian bertulis bg ukcg ?? mohon pencerahan . :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf ya arisha itu saya kurang pasti, tetapi tidak salah sebagai persediaan untuk mengetahui bagaimana bentuk soalan menguji sahsiah guru atau personatili guru.

      Padam
  15. susah juga nak jadi cikgu ni rupanya

    BalasPadam
  16. Sangat menarik perkongsian ini! Bukan senang nak dapat informasi ini...Sangat berguna kpd mereka yang memerlukan. Selamat berjaya kpd mereka yg mendudukinya nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harapan saya begitulah, BM. Lagipun tak banyak maklumat yang dikongsikan di Internet.

      Padam
  17. Thank you sbb banyak bagi info tentang ukcg. Sangat sangat membantu :) Im going to ukcg this wednesday. Wish me luck!

    BalasPadam
  18. Salam,,biasanya iklan pengambilan DPLI biasanya di iklankan di suratkhabar mana?

    BalasPadam
  19. info yang sangat berguna..semoga urusan nanti berjalan dengan lancar..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78