Pengikut

Selasa, 9 Oktober 2012

Himpunan Karya Pemenang HSKU 2011


Keputusan para pemenang HSKU 2011 telah pun diumumkan. Selepas ini, pastilah karya-karya yang diiktiraf ini akan menjadi tumpuan dan rebutan untuk dimiliki. Jadi usah menunggu lagi, dapatkan segera novel dan antologi tersebut.

Pembaca bukan sahaja boleh membaca karya-karya yang telah memenangi HSKU, bahkan boleh membaca laporan panelnya sekali berkenaan karya-karya tersebut.

1. Deru Angin - Pemenang Tempat Pertama Kategori Novel Remaja (RM25.00)
2. Waris Pejuang - Pemenang Tempat Kedua Kategori Novel Remaja (RM19.50)
3. Rimba Jiwa - Pemenang Tempat Ketiga Kategori Novel Remaja (RM18.00)

Antologi:
1. Istimewa - Antologi  Cerpen / Sajak / Kajian & Rencana Sastera (RM25.00)
2. Cerita Akhir Tahun - Antologi Cerpen Remaja (RM17.00)


Hadiah kemenangan ini dalam skala besarnya telah menyuntik semangat kepada saya untuk terus menulis. Namun, tidak sesekali perasaan riak itu membungkus diri hingga melemaskan saya untuk terus bernafas. 

Pesanan guru saya (Dr Kamariah Kamarudin) "pabila telah berada di puncak, jangan lupa rumput di bumi, pabila telah menggapai bintang di langit, jangan lupa merenung ke tanah." akan saya jadikan pedoman. Terima kasih Dr. atas entri yang bermakna ini. Bolehlah baca, jika ingin. 

Setelah membaca rencana Nisah Haron yang memenangi kategori rencana (Penulis (Muda) Tunggu Pengiktirafan beberapa perenggan yang ditulisnya telah membuatkan saya berfikir panjang. 

"Menerima sebarang bentuk penganugerahan bukanlah noktah kepada perjuangan dalam penulisan kreatif. Sebagai suatu bentuk pengiktirafan, anugerah adalah satu penanda aras yang memberi tanggungjawab lebih besar kepada pegarang, ertinya pengarang tersebut harus menunjukkan peningkatan dalam pengkaryaan atau setidak-tidaknya mengekalkan kualiti yang ada. Hal keprolifikan sudah tidak perlu dinyatakan lagi." 

"Menulis cerpen secara eceran juga sukar mendapat perhatian pengkritik berbanding dengan menulis novel sastera, melainkan penulisan cerpen itu dibuat secara tekal dan nama pengarangnya muncul hampir di mana-mana media sastera serta setiap kali menawarkan tema dan persoalan yang avant-garde."


6 ulasan:

  1. Wah, siap borong lima naskhah!

    Serupa dengan saya. Kini sedang mendaki ke puncak untuk mengakhiri sebuah naskhah....

    BalasPadam
  2. Biasalah, alang-alang beli biar puas hati.

    Kalau dengan buku, abang Helmi tak berkira sangat.

    Baguslah. Sekarang tak boleh nak tumpu sangat untuk membaca, sibuk sikit.

    BalasPadam
  3. syukur...

    kali ini nampaknya harga buku2 dah agak murah sedikit... berbanding tahun lalu... moga byk penggemar mampu membelinya nanti

    BalasPadam
  4. Ya, Kak Riesna... harap-harap pembaca semua dapat memilikinya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78