Alhamdulillah, saya rasa tidak terlalu lambat untuk saya berkongsi cerpen TENTANG WARIS dengan pembaca semua. Untuk rekod, cerpen ini merupakan cerpen kedua saya yang tersiar di Tunas Cipta.
Inilah bahagian petikan cerpen Tentang Waris.
Seisi keluarga berceratuk duduk
mengelilingi arwah Dato’ R kecuali Safina yang menyembamkan mukanya ke atas
dada arwah sambil menangis teresak-esak.
“Ayah meninggal sebab apa, ibu?” tanya
Qaiyum memulakan bicara.
“Isy… jangan cakap kuat-kuat depan
arwah, tak elok.” Datin S cuba melarang.
“Ayah kau kena serangan jantung,” jawab
Datin S.
“Kenapa tak kebumikan lagi?” Halimi
menyoal seperti budak tadika.
Datin S memandang Halimi. Adakah itu
soalan yang sepatutnya keluar dari mulut
Halimi? Kerisauan mula tumbuh dan kadang-kadang mengganggu fikirannya apabila
memikirkan kembali tindakan dan perbuatan ketiga-tiga anaknya.
“Tunggu kamu semua,” jawab Datin S
dengan nada tinggi.
“Kenapa tunggu kami?” Qaiyum
membalikkan pertanyaan.
Datin S hanya mampu berdiam. Kemudian
bersuara, “Tunggu supaya anak-anak ayah dapat menguruskan jenazah ayah dan
memberikan penghornatan terakhir kepada ayah.”
“Tapi….”
............Ikuti kisah sepenuhnya di Tunas Cipta.
Cerpen ini telah melalui banyak proses penyuntingan sebelum menemui pembaca. Hasil terakhirnya, inilah yang anda semua tatap dan baca di Tunas Cipta, Oktober 2012. Tak sabar rasanya untuk mengikuti ulasan daripada Tuan S.M Zakir pada bulan November nanti. Saya terima dengan hati yang terbuka untuk memperbaiki mutu penulisan saya.
Terdapat pelbagai lagi rencana menarik dalam Tunas Cipta Oktober 2012. Ayuh dapatkan majalah ini di pasaran. Setelah melanggan, saya sudah tidak mempunyai masalah untuk melengkapkan koleksi Tunas Cipta saya. Begitu juga dengan Dewan Sastera. Hajatnya, selepas ini hendak melanggan Pelita Bahasa dan Dewan Siswa pula.
Tahniah, nampaknya kita berkongsi cerita di dalam edisi TC yang sama. :)
BalasPadamtahniah abang Helmi.
BalasPadamSalam Aidiladha...
Terima kasih Cik Aina Nabila.
BalasPadamYa, perkongsian yang membangkitkan semangat untuk berkongsi pendapat dan cetusan.
Terima kasih Adik Fathul.
BalasPadamSelamat Hari Raya Aidiladha juga untuk adik. Moga erti pengorbanan dihayati bersama.
Tahniah!
BalasPadamTerima kasih Haniff.
BalasPadamTahniah Saudara Helmi.
BalasPadamTahniah Saudara Helmi.
BalasPadamTerima kasih Effandi. Anda juga mampu menjadi seorang penulis yang berjaya. Rajinlah berusaha.
BalasPadamSalam, Helmi,
BalasPadamTahniah! Tahniah! Awak memang hebat. Terus menulis ya. Maaf lambat wish, effa sibuk menulis, kerja manuskrip sana sini. Apa-apa pun moga terus giat menulis cerpen dan berkarya tau.
Salam dunia penulisan,
Effa. ^_^
Terima kasih, Effa. Tidak menjadi masalah untuk mengucapkan ucapan itu, sama ada lewat atau tidak. Yang pastinya, tanda ingatan itu lebih dihargai.
BalasPadamEffa juga teruskan menulis ya. Bersama-samalah kita berjuang dalam bidang penulisan ini.