Koleksi Karya

Jumaat, 12 Julai 2013

Setia Bersama

Assalamualaikum semua. Hari ini dah masuk hari yang ketiga kita berpuasa. Moga kita tidak mudah alah dengan cabaran dan ujian dalam bulan Ramadan kali ini. Teruskan perjuangan hingga ke garisan penamat.
gambar kurang jelas, tangkap pakai telefon saja
Biarlah orang hendak katakan yang saya ini ketinggalan dalam membina dan menambah widget baru pada blog. Namun, saya berbesar hati untuk menguar-uarkan bahawa saya telah menambah widget baharu pada blog sebelah kanan. 

Ruangan ini saya namakan Setia Bersama. Mengapa saya namakan ruangan ini begitu, kerana saya ingin memberi penghargaan kepada mereka yang mengunjungi Tetamu Istimewa dan meninggalkan komen sebagai respon terhadap entri saya. Itu tidak bermakna, pembaca yang diam-diam datang dan tidak meninggalkan komen saya lupakan. Terima kasih juga kepada mereka ini. 

Kalau diperhatikan senarai pembaca yang meninggalkan komen dari nombor satu hingga tujuh, mereka ini ialah individu yang menyokong saya dari awal saya menulis di blog ini. Kebanyakan mereka ini merupakan penulis yang saya hormati sama ada penulis mapan mahupun muda. 

Kepada saudara Wong  dan Mizz Aiza terima kasih kerana sudi menjadi rakan saya. Walaupun kita baru sahaja mengenali dan tidak pernah pun bertemu muka, anda adalah pengunjung setia Tetamu Istimewa yang tersenarai dalam 10 tetamu istimewa saya. Kepada pembaca atau blogger lain, terima kasih juga ya. 

P/S: Esok sekolah ganti untuk jerebu tempoh hari. Tak dapat lagilah berehat. Kena tunggu hari Ahad

46 ulasan:

  1. Berblog juga satu proses pembelajaran. Tahniah kerana saudara sanggup menerima arus perubahan blog. Saya yakin blog Tuan akan lebih rancak lagi selepas ini. *thumbs up*

    BalasPadam
  2. ini pun satu penghargaan buat bloggerkn..=)

    BalasPadam
  3. Wong,

    Terima kasih sekali lagi ya. Amin.

    BalasPadam
  4. siti ZAHARA,

    Begitulah. Sama-samalah kita menyokong antara satu sama lain.

    BalasPadam
  5. pada pandangan aiza, berblog mampu membuka minda kita untuk menjelajahi sesuatu di luar kotak pemikiran kita.. kita semua pasti berasal dari latar belakang bidang yang berbeza, dengan berblog pengetahuan itu dapat dikongsi dengan rakan-rakan blogger dan umum.. semoga terus bersemangat untuk menulis sesuatu yang bermanfaat..

    BalasPadam
  6. Mizz Aiza,

    Ya, setiap blogger ada kepakarannya tersendiri. Gunakan untuk memberi pemahaman yang baik kepada pembaca dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat.

    BalasPadam
  7. berblog ini menunjukkan yang kita ni pandai membuat sesuatu untuk keseronokan berkawan :)

    BalasPadam
  8. syuk shusuke,

    Harap-harap begitulah. Lebih ramai kita dapat berkawan, waaupun sekadar di alam maya.

    BalasPadam
  9. ala acik tak de, tak pe acik akan jadi pengemar blog ini, best blog cikgu :)

    BalasPadam
  10. kreadit ntok dorang!!!!!lepas neh makin seroroklah...heheheheh....semoga suksess....

    BalasPadam
  11. ahaha..kak mizz aiza memang suka komen entri orang. saya punya entri pon dia suka ziarah.bagus ahh kak aiza.

    BalasPadam
  12. he3..skolah rupanya esok..kakAiza 2 mmg best =) rajin tgglkn komen dn bw..srnok kalau ramai kawan..

    BalasPadam
  13. Dunia blog juga satu bidang yg amat menarik dan luas. Ilmu yang sentiasa berubah dan berkembang...Perlu sentiasa peka dan bergerak mengikut arus perubahannya.
    Semoga blog ini akan terus bergerak maju dan sentiasa aktif.

    BalasPadam
  14. semoga perkenalan antara blogger tu berkekalan...

    BalasPadam
  15. berkawan biar beribu, musuh jangan dicari.. kan .. hehe.. Assalamualaikum. =)

    BalasPadam
  16. Salam.

    Tiada istilah ketinggalan helmi.. asalkan mahu belajar, dan sanggup menerima pembaharuan, itu lah yg sebaik2nya.

    Selamat ber-explore dgn dunia blog. Saya sendiri pun banyak lagi yg saya tak tahu.. ^_^

    BalasPadam
  17. Aku Penghibur,

    Insya-Allah, nanti adalah tu, kalau dah jadi tetamu istimewa blog ini. Terima kasih acik. Terharu rasanya.

    BalasPadam
  18. P#eoniX,

    Mudah-mudahan begitulah. Saya perhatikan ada blog yang lebih meriah dengan pengunjung dan pengomen tegarnya. Terima kasih ya.

    BalasPadam
  19. Nurzulaiqa Nazri@Professor,

    Ya, Mizz Aiza seorang yang peramah dan suka meninggalkan komen. responnya sangat dihargai. Terima kasih juga kepada Iqa.

    BalasPadam
  20. Nao Mei,

    Alhamdulillah, tahniah juga kepada cik akak yang nampaknya pengunjung ke blog cik akak semakin meningkat. Pada satu entri pasti ada yang meninggalkan komen. Terima kasih cik akak yang sudi menjadi tetamu istimewa saya.

    BalasPadam
  21. S.K.A,

    Ya, sekolah...huhu letih jugalah. Tap nak buat macam mana kan.

    Mizz Aiza sangat sporting.

    Terima kasih juga fais sudi datang ke sini dan tingglkan komen.

    BalasPadam
  22. Bin Muhammad,

    Amin, doa yang baik kepada saya. Saya harap juga Relaks Minda juga begitu.

    Terima kasih ya, sudi singgah dan menjaid tetamu istimewa saya.

    BalasPadam
  23. Ahie Sunan Saifuddin,

    Amin, moga persahabatan di alam maya, mungkin juga di luar kalau berkesempatan ini terus berkekalan.

    Terima kasih ya, sudi singgah dan tingglkan komen.

    BalasPadam
  24. syaafi sushi,

    Waalaikumusalam, salam Ramadan. Terima kasih. Betul tu. Biar ramai kawan tak apa, yang ramai musuh.

    BalasPadam
  25. Tinta Lana,

    Waalaikumusalam,

    Terima kasih memenuhi jemputan saya. Moga kita terus bersahabat.

    Betul tu, banyak lagi yang perlu dipelajari. Sama-samalah kita belajar.

    BalasPadam
  26. Salam,
    Antara pelawat yang datang senyap-senyap dan tidak meninggalkan komen tu saya la...sebabnya baru belajar buat blog jadi intai-intai blog anda...dan terima kasih menjadi pencetus inspirasi berblog,khususnya inspirasi penulisan.

    BalasPadam
  27. Salam,
    Saya sentiasa mengikuti walau tak pernah tinggalkan jejak...terima kasih menyuntik motivasi berkarya...

    BalasPadam
  28. dah follow blog awok..hehe
    blog awok buleh buar rujukan utk pmblajaran sya...bagus2

    BalasPadam
  29. Nor Hanom Taib,

    Waalaikumusalam, cikgu. Terima kasih. Akhirnya pembaca yang diam ini muncul juga dengan komen ya.

    Saya pun masih dalam proses pembelajaran. Sama-samalah kita membakar semnagt untuk terus menulis ya.

    BalasPadam
  30. nadzim bakri,

    Terima kasih memenuhi jemputan saya dan menjadi sahabat. Sudilah datang lagi ya.

    Oh, begitukah, belajar apa ya? Silakan jika bermanfaat.

    BalasPadam
  31. perhargaan dalam bersahabat mengukuhkan lagi ukhuwah yang ada

    BalasPadam
  32. liana sulaiman,

    Sekadar penghargaan kepada mereka ini. Termasuk juga anda nanti. Terima kasih ya sudi singgah di sini.

    BalasPadam
  33. 3no gr33ny,

    Sekiranya kita mahu orang menghargai kia, kita perlulah menghargai orang lain dulu.

    BalasPadam
  34. Assalamualaikum Cikgu...

    Anak saya pun hari sabtu sekolah kerana ganti jerebu...

    BalasPadam
  35. Che Rosliza Che Mat,

    Ya, hari ini cuti berganti untuk seluruh sekolah di Selangor yang terlibat dengan jerebu.

    BalasPadam
  36. ermmm alert jugak tp belum jd pro penulis lagi hehe ;0

    BalasPadam
  37. dear xila,

    Terima kasih singgah ya. Oh, bolehlah ke arah itu nanti.

    BalasPadam
  38. Hihi~ Kak Aiza memang rajin komen & selalu jadi top commentator di kebanyakan blog. Saya akan terus menyokong blog ni. Teruskan berblog ye cikgu! :)

    BalasPadam
  39. Aida Ismail,

    Terima kasih. Tanpa pembaca siapalah saya dan tulisan di dalam blog ini juga untuk perkongsian.

    BalasPadam
  40. insyaAllah...setia bersama..... pren together......

    BalasPadam
  41. Lama sudaha tidak meninggalkan sebarang komen walaupun masih membaca catatan T.I.

    Wah, no.4 terbanyak komen rupanya. :)

    p/s: Insya-Allah akan ada tiketnya untuk pulang ke tanah kelahiran...

    BalasPadam
  42. Remy hazza,

    Terima kasih, setia bersama ya.

    BalasPadam
  43. Jamilah Mohd Norddin,

    Ya, lama sudah Jamilah tidak meninggalkan komen di sini. Walau bagaimanapun, terima kasih kerana membaca catatan saya.

    p/s: terima kasih.

    BalasPadam