Alhamdulillah, selesai juga untuk sekolah ganti sempena jerebu tempoh hari. Seperti diduga, tidak ramai murid yang hadir, sampaikan terpaksa digabung antara dua kelas menjadi satu.
Ya, pernahkah anda bertanya kepada penulis atau rakan yang mengimpikan untuk menjadi penulis, sama ada penulis sepenuh masa atau separuh masa bahawa mereka ini boleh jadi kayakah dengan hanya menulis?
Sebelum itu eloklah saya menjelaskan dua jenis pembayaran yang bakal diterima oleh penulis sekiranya karyanya diterbitkan sama ada dalam bentuk buku dan eceran.
1) Royalti
2) Honorarium
Royalti ialah bayaran tertentu yang dibuat oleh penerbit kepada pengarang atas setiap naskhah karya mereka yang diterbitkan.
Honorarium ialah sagu hati yang dibayar sebagai membalas jasa kepada pengarang setelah karya mereka diterbitkan secara eceran.
Maka, penulis buku akan menerima bayaran royalti mengikut kadar cetakan dan persetujuan antara penerbit dengan pengarang. Maknanya, sekiranya buku tersebut diulang cetak, pengarang akan terus dibayar untuk kali kedua dan seterusnya.
Manakala penulis eceran akan menerima sagu hati iaitu honorarium (hanya sekali bayar) setelah karya mereka disiarkan di surat khabar dan majalah.
Oleh itu, pilihlah jalan mana untuk menjadi kaya. Bagi saya, kekayaan itu sekadar nilaian wang ringgit semata, lebih daripada itu tidakkah kita terfikir, seorang penulis itu sudah cukup kaya dengan kata-kata.
P/S: Penulis royalti perlu teliti terlebih dahulu perjanjian sebelum menurunkan tandatangan agar tidak berlaku kesulitan dan kesilapan di kemudian hari yang berbangkit yang menyebabkan penulis sendiri yang terperangkap.
Perkongsian yg menarik. Pengetahuan baru untuk saya.
BalasPadammungkin puasa kot...dorang tak larat hihihi
BalasPadamKlu dapat jadi penulis royalti..untung kn..
BalasPadamjd ipenulis ni kna ada minat dn berbakat
klu zara..mng tak berbakat pn..heee
Benn Abdullah,
BalasPadamAlhamdulillah, moga perkongsian ini bermanfaat.
Che Rosliza Che Mat,
BalasPadamMungkin jugalah. Murid sekolah rendah katakan.
siti ZAHARA,
BalasPadamBetul, nak jadi penulis kena ada minat, disiplin yang tinggi. Terutamanya penulis buku.
Belum cuba belum tahu.
Nao Mei,
BalasPadamcik akak, bahasa yang bertambah baik. Tahniah!
Betul tu, menulis lah tanpa memikirkan ganjaran wang ringgit.
nice sharing
BalasPadamliana sulaiman,
BalasPadamTerima kasih. Moga bermanfaat.
Info yang menarik. Sesuai untuk mereka yang ingin menjadi penulis, tetapi apabila berkarya bukan wang yang di cari tetapi kepuasan di dalam diri. Betul tak? Sekadar memberi pandangan.
BalasPadamNor Ariffin Hamzah,
BalasPadamBetul tu, setiap kali karya saya tersiar, saya berasa puas.
baru kenai pkataan Honorarium ... -_-
BalasPadamRohayu Mad Isa,
BalasPadamSebelum ni biasa dengar royalti saja kan? Lepas ni, biasa-biasakanlah.
Royalti lazimnya d buat oleh syarikat yg bsr.so kalu nk royalti ni kn byk sbr.kalu submit manuskrip bln ni, bln dpn lom ttu dpt.sethn pn lom ttu lg.kalu honorarium or lbh sng sebut lump sum, bla submit manuskrip, xyah tggu lama da dpt byrn.royalti,kalu karya terjual cuma 500 je, so bersedialah utk terima amaun sbyk tu jg...pendek kt, 2x ada pro n kontra
BalasPadamKhaiRin: anies,
BalasPadamTerima kasih juga atas perkongsiannya.
Ohh..baru saya tahu. Selain kepuasan, menulis pun boleh buat seseorang tu jadi kaya juga. Hehe >.<
BalasPadamAida ismail,
BalasPadamApa-apapun yang kita lakukan dengan kesungguhan pasti ada imbalannya.
Horarium tidak ada perjanjian antara penulis dan syarikat.Mereka hanya bayar mengikut pertimbangan mereka.(berbeza mengikut syarikat)Kali pertama menghantar karya,honorarium perlu dituntut dengan surat rasmi(pengalaman saya).Untuk karya seterusnya mereka terus bayar kerana maklumat kita sudah ada dalam rekod mereka.Kali pertama karya tersiar langsung tidak terfikir tentang honorarium.Best sangat karya tersiar!(perasan la tu!)Namun sekiranya ganjaran itu boleh meningkatkan motivasi untuk menulis,apa salahnya.
BalasPadamp/s:Sambil menyelam minum air.
fiza x berbakat bab dalam menulis ny.. setakat menulis d blog boleh lah.. hehe.. =)
BalasPadamNor Hanim Taib,
BalasPadamSetakat pengalaman saya, setiap kali saya menghantar karya, saya akan lampirkan surat lampiran beserta maklumat lengkap saya beserta nombor akuan. Jadi, setelah karya itu disiarkan tiada masalah untuk editorial media tersebut untuk membayar honorarium.
Betul tu, kalau sagu hati ini dapat membakar semangat kita untuk terus menulis, apa salahnya kan. Bukan kerana kita menulis kerana wang tetapi sekadar pembakar semangat.
syaafi sushi,
BalasPadamSetiap orang ada bakat tersendiri. Perlu dicungkil dan diasah untuk memberi sesuatu hasil yang bermakna sama ada kepada diri, mahupun orang sekeliling.
baru remy tahu...tapi seeloknya.... mungkin royalti...kalau kita terbitkan buku atau novel..kita tak tahu berapa kali diulang cetakkan.... kalau laris..... royalti pun lebat juga kan....
BalasPadamaiza pun setakat menulis di blog sahaja.. itu pun banyak menggunakan bahasa 'rojak'..
BalasPadamRemy hazza,
BalasPadamBetul tu. Kalau nak "kaya" boleh tulis buku. Royalti tetap diberi.
Mizz Aiza,
BalasPadamSaya membaca tulisan Aiza. Boleh saya katakan, bahasa Aiza masih terkawal. Teruskan!
Saya lama mengimpikan ingin menjadi penulis sepenuh masa. Buat masa ini honorarium menjadi idaman kerana cepat dapat duit.
BalasPadamRoyalti, insya-Allah.
Wong,
BalasPadamKalau sudah memasang impian, bila lagi?
Ya, honorarium cepat dapat, royalti ambil masa sikit.
Saya mengklasifikasikan diri sebagai penulis aspirasi. Masih peringkat beraspirasi. Uhuk. Sedih. Tapi, itulah kebenaran. T.T
BalasPadamWong,
BalasPadamDari aspirasilah akan mengorak langkah ke depan. Jangan takut untuk mencuba. Semoga berjaya.
Kalau pengalaman Kak Long, memang ada penerbit yang tidak membayar honorarium, terutama akhbar tabloid. Namun ada juga karya tersiar dalam akhbar-akhbar utama juga tidak dibayar. Tidak tahu mengapa. Kemungkinan terlepas pandang meskipun setiap karya wajib disertakan surat lampiran lengkap butiran diri termasuk no. akaun. Apapun, Kak Long menganggap bukan rezeki Kak Long meskipun dah tersiar. Apa yang penting, menulis terus walau apa halangan sekalipun.
BalasPadamHaniza Hamzah@Kak Long,
BalasPadamBetul, ada yang tak bayar honorarium terutama akhbar tabloid. Ada juga majalah yang tidak membayarnya.
Ya, kita akan terus menulis walau apa pun berlaku.
Pengalaman akak, banyak penerbit yang tidak bayar honorarium. Daripada 14 karya tersiar, mungkin hanya 2 yang mendapat saguhati. Kalau dapat, Alhamdulillah. Kalau tak dapat, karya tersiar di majalah pun dah buat akak senyum sampai ke telinga :)
BalasPadamSiti Muthiah,
BalasPadamAkak, selalunya akhbar tabloid tidak membayar honorarium. Majalah ada juga yang tidak membayarnya. Kalau media tersebut sebelum ini membayar, dan untuk karya kita tidak membayarnya, itu satu penganiayaan.
Betul, kalau karya kita tersiar pasti tersenyum lebar.
Saya tertanya tanya daif sungguhkah bahasa Melayu hingga perlu kita gunakan istilah seperti produk (?), innovasi, royalti, honorium dan sebagainya? Apa pandangan tuan?
BalasPadamAl-Manar,
BalasPadamBagi saya Bahasa Melayu tidak daif, kerana segala ilmu dapat diungkapkan dengan baik. Terserah pada penggunanya untuk memartabatkannya. Yang menjadilan Bahasa Melayu nampak daif, apabila pengguna kita yang memperlekeh-lekehkan Bahasa Melayu dan mengagung bahasa asing. Tidakkah mereka sedar, cara mereka ini akan menghapuskan bahasa Ibunda mereka dari terus berkembang.
Berkenaan royalti, honorarium ini merupakan istilah sahaja.
Kadang-kadang perjanjian yang ditandatangan pun diabaikan begitu sahaja. Sebagai mengambil langkah berjaga-jaga, kita perlu juga buat salinan akan surat perjanjian tersebut. Ada juga setelah tandatangan, tidak mendapat bayaran pendahuluan dan manuskrip tidak juga diterbitkan. Jadi untuk mengelak sebarang kemungkinan, jalan terbaik adalah membuat salinan surat perjanjian.
BalasPadamBetul tu Haniff, kita perlu bersedia, buat salinan pendua. Kalau apa-apa berlaku kita ada bukti.
PadamSalam Ramadhan.. bagi mereka yang ingin belajar menulis, mungkin boleh cuba baca karya saya. Manalah tahu akalu ada ilmu yang boleh diambil unuk dijadikan panduan. Selamat berkarya.. http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=2991&idc=17230
BalasPadam