Saya membeli novel ini sewaktu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, April 2013 yang lalu. Namun, baru sekarang dapat membacanya. Itupun belum habis lagi. Baru sampai halaman 125 daripada 334. Apabila sudah lama tidak membaca novel, momentum pembacaannya agak perlahan.
Dukana, hasil karya Ruhaini Matdarin ini merupakan terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia. Tahukah anda apa maksud dukana? Mengikut Kamus Dewan, edisi Keempat dukana bermaksud tinggi nafsu, kuat syahwat, gasang, gangsang. Jangan terkejut apabila membaca maksud tersebut. Jangan pula menganggap saya membaca novel porno pada bulan puasa ini.
Ayuh, baca dulu "blur" novel ini. Bagi saya dukana merupakan novel sastera yang tinggi nilainya. Novel ini bukan semata-mata menonjolkan adegan seks, langsung tidak ada sama sekali. Sebaliknya, mencerminkan nilai kehidupan yang apabila ditunjangi nafsu akan rosak binasalah segalanya.
Hal inilah yang membezakan novel picisan dengan novel sastera. Sekiranya novel picisan sudah tentulah adegan seks dimuluk-mulukkan untuk membangkitkan syahwat ataupun nafsu pembaca untuk meneruskan pembacaan.
Tidaklah adil untuk saya mengulas panjang kerana saya belum pun habis membacanya lagi. Sememangnya saya meninati langgam bahasa penulis ini yang tampak segar. Adakala anda akan tergelak dengan singgungan penulisnya terhadap sesuatu perkara.
P/S: Alhamdulillah, hari Terbuka tadi, berjalan dengan lancar.
perkataan baru bg sy ni... agk2 boleh tambah imbuhan ke dgn perkataan ni?
BalasPadambaru tau..
BalasPadamKhaiRin,
BalasPadamdukana merupakan kata dasarnya, dalam kamus dewan tidak pula diberi maksud untuk pengimbuhan bersama dukana. Saya fikir, perkataan ini tidak perlu diletakkan imbuhan.
Mungkin boleh bertanya yang lebih arif.
liana sulaiman,
BalasPadamTerima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di sini.
Saya juga.
=) dulu2 saya prnh baca buku2 sastera form 6.. aiyak! byk bahasa klasik y sy xfhm...hahah.. best kan bljr sastera.. =)
BalasPadamOh.. xtau lagi kolej apa, saya x view lagi surat twran... =) hek3.. nnti kena bagi perstujuan sblm 26 july.. ^^
lebih kurang novel sbgai motivasi diri ye??
BalasPadamITNM memang jelas giat menerbitkan buku-buku terjemahan dan sastera bagus. Saya suka akannya terutama kulit buku terbitan mereka juga segar. Terasa berbaloi membeli.
BalasPadamBukan nak salahkan DBP yang kian pudar, tetapi itulah hakikat sebenarnya.
Nampaknya genre kita berlainan ya Tuan.
AiSya LiEza,
BalasPadamOh, sastera tidak semestinya bahasa klasik. Mungkin teks yang dikaji meliputi genre hikayat ataupun drama lama.
Ingatkan dah tahu kolej mana. Huhuhu, saya ni dulupun alumni UPM juga.
S.K.A,
BalasPadamTidaklah motivasi sangat. Tapi pemaparan norma kehidupan itu yang cuba ditonjolkan sama ada yang baik ataupun kurang.
Wong,
BalasPadamSekarang ini ITBM. Ya, saya akui ITBM sudah bergerak maju ke hadapan. Berkenaan kulit tu, mula-mula saya sangat teruja. Namun apabila sudah banyak terbitannya yang berkulit putih, nampak sudah tidak ekslusif lagi. Tambahan pula, putih cepat kusam. Perlu dibalut jika hendak kekal cantik.
Wong, suka genre apa?
bahasa sastera nie...kadang2 ada jugak yg kurang saya fahami hihihi
BalasPadamSaya akui, ramai yang tidak meminati membaca bahan sastera kerana bahasanya yang kadangkala sukar difahami, terutamanya genre sajak. Kalau genre cerpen, novel kesulitannya terletak pada pemahaman cerita yang hendak disampaikan. Namun begitu, kesulitan itulah yang enak dikunyah sekiranya kita tahu cara mengunyahnya. Tetapi kalau terlalu sukar juga dan membosankan, memang saya pun tinggal saja di rak buku itu.
BalasPadamsaya pun dah lama tak baca novel
BalasPadamredza,
BalasPadamTerima kasih singgah dan follow ya.
Saya dah lama tak baca. Lebih banyak baca kumpulan cerpen yang lebih pendek dan tak ambil masa lama.
Cinta, bukan minat saya. Seram dan thriller apatah lagi. Selain itu, boleh masuk dalam kategori saya.
BalasPadamTeringat saya membaca cerpen 'Pusaran'. Sungguh menyentuh hati. Saya lebih suka cerpen fantasi kerana itu Puan Nisah Haron menjadi tokoh yang saya minati.
Saya lebih menikmati cerpen berbanding sajak. Novel, bergantung kepada keluangan masa saya. =D
Wong,
BalasPadamMasing-masing ada kecenderungan dan minatnya sendiri kan.
Oh, kalau begitu, cubalah tulis cerpen berkaitan genre tersebut.
shaila selalu suka bace novel sahaja...xtau pulak pasal benda ini...heee...
BalasPadamShaila,
BalasPadamTeruskan membaca.
baru tahu apa maksud dukana..ada jgk ye novel picisan dn novel dukana..
BalasPadamsiti ZAHARA,
BalasPadamMengikut pentakrifan bijak pandai atau yang ahli dalam penulisan mereka membahagikan novel atau karya penulisan kreatif kepada picisan, popular dan sastera.
Oh, dukana merupakan tajuk novel sebenarnya. Dan tajuk ini membawa maksud seperti yang saya nyatakan. Namun begitu, novel ini bukanlah novel picisan. Jangan salah anggap pula ya.
sudah lama aiza tak membaca novel.. baru aiza tahu maksud dukana tu, terima kasih kerana berkongsi..
BalasPadamMizz Aiza,
BalasPadamSaya pun dah lama tak membaca novel. Bukan tak ada yang baru, masih ada di rak, tapi belum sempat.
Sama-sama.
Dukana?baru pertama kali dgr..:)
BalasPadamcikgu salah eja meminati, jadi meninati ... potong satu markah ... hehe
BalasPadamUmmu Amar,
BalasPadamSebab jarang digunakan sebab itu kita tidak pernah dengar. Saya pun juga begitu.
Rohayu Md Isa,
BalasPadamIngatkan siapalh Rohayu ni, rupa-rupanya Cik YuYu.
Oh, maaflah ya, mungkin tersalah tekan. Terima kasih kerana betulkan.
Tak masak ya. Tak apalah. Nak juga rasa iar tangan orang lain kan.
kiranya ada masa lapang..hamba juga suka mmebaca novel sastera sebegini dek bahasanya yang tinggi
BalasPadam3no gr33ny,
BalasPadamBaguslah. Tidak ramai yang berminat dan menyisihkan novel sastera yang dianggap berat ini. Belum cuba belum tahukan.
Saya kurang gemar novel sastera. Tak tahu la kenapa. Mungkin bahasanya yang agak sukar difahami. Huhu~ Saya suka novel yang biasa2 je, yang santai. Hehe~
BalasPadamAida ismail,
BalasPadamSetiap orang ada pilihannya sendiri. Saya faham.
pilihan ditangan sendiri...genre manakah yg jadi pilhan.... ilmiah.... sastera mahupun sekadar hiburan..... kalau remy... remy suka yg ada pengajaran......
BalasPadamRemy hazza,
BalasPadamYa, terpulang pada pembaca. Dan, pastikan bahan bacaan itu bermanfaat.