Pengikut

Khamis, 13 Jun 2013

Menghayati Budaya Menghargai Buku di Dewan Sastera


Alhamdulillah, setelah berceloteh panjang untuk entri sebelum ini, dapat juga saya menatap tulisan saya dalam bentuk visual dan cetakan.

Semuanya bermula selepas waktu sekolah apabila saya ke kedai mamak di Batang Kali. Tatkala saya ralit membelek surat khabar, pekedai itu menyapa saya: "Abang tanya Dewan Sastera hari tu kan? Itu dah sampai".

"Sebenarnya, kita memerlukan bukan sahaja golongan pekedai yang sanggup menjual bahan berilmu tetapi golongan pekedai yang berilmu tentang bahan yang dijualnya. Pekedai yang menjual buku haruslah mencintai atau sekurang-kurangnya menyukai buku yang dipamerkan di kedainya. Sekiranya mampu, mereka seharusnya mengesyorkan kepada pembaca...." (Dewan Sastera, Jun 2013)

Ya, sememangnya saya pernah menyuarakan supaya pekedai itu memesan kesemua majalah DBP termasuk Dewan Sastera. Walaupun telah melanggan Dewan Sastera dengan Dawama yang belum lagi sampai, dengan rasa keterujaan untuk melihat tulisan saya itu, saya membelinya.

Berbanding sikap yang ditonjolkan oleh sesetangah pekedai. Bukan sahaja "garang" malah tidak mesra pembaca. Saya pasti, apa-apa yang saya ceritakan dalam artikel ini pernah anda sendiri alami. 

Kepada pembaca di Batang Kali yang hendak mendapatkan majalah terbitan DBP Jun 2013, boleh dapatkan di kedai mamak, berdekatan dengan kedai makan Maju Iman. 

4 ulasan:

  1. Saya setuju. Pengalaman saya dahulu pun begitu. Pekedai marah kalau membaca tanpa membeli. No free reading katanya. Tapi kalau nak beli buku kena lah tahu elok tak isinya, kan?

    Sebab itu saya suka membaca di MPH dan Kinokuniya. =)

    Saya juga suka bekerja sambilan di booth jualan buku. Seronok membuat promosi kepada pelanggan yang hadir.

    BalasPadam
  2. Ya, saya selalu juga kena. Maklumlah hendak semak sama ada karya kita ada tersiar ataupun tidak, kena semak sendiri. Tapi kalau tak ada karya saya, ada karya kawan saya beli juga.

    Oh, bagus. Itulah sepatutnya. Jadi pekerja@pekedai yang berilmu.

    BalasPadam
  3. saya setuju jugak kalau pekedai tau at least 50% buku/majalah yang ada di kedainya.mereka jangan hanya tau nak penuhkan rak2 je.sekurang2nya mereka tau judul2 buku yang ada.

    lagi bagus kalau di waktu takde customer,mereka ambil peluang belek2 buku/majalah yang ada.tak rugi pun tambah ilmu.lagi best kalau ada 2 way communication dengan customer yang mencari buku tu...

    BalasPadam
  4. Terima kasih memberi respon saudari aleaSaRa. Harapan saya, lebih banyak pekedai buku yang berilmu.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78