Pengikut

Jumaat, 28 Jun 2013

Guru Kreatif Murid Aktif


Menjadi guru bukanlah sudah cukup sempurna. Apatah lagi dunia sekarang ini ledakan maklumat amat pantas sekali. Justeru, guru bukan sahaja perlu menyerap segala cabaran itu, malahan perlu memandang jauh lebih ke hadapan. Oleh itu, setiap guru harus meningkatkan tahap keprofesionalisme keguruannya untuk maju ke hadapan. 

Semalam saya telah menghadiri kursus POGRAM GURU KREATIF MURID AKTIF, yang diadakan di Pusat Kegiatan Guru Kalumpang, Selangor. Program ini dikhususkan kepada guru bahasa Melayu sekolah rendah dan menengah. 

Sebelum saya menghadiri kursus ini saya pernah membaca majalah Wadah Siswa (majalah dalam kelas). Tidak sangka pula, penceramah kursus ini ialah orang yang menjadi tulang belakang penerbitan majalah ini iaitu Encik Azizul Rahman Abdul Rahman

Bagi saya penceramah yang merupakan mantan guru cemerlang bahasa Melayu Jusa C ini telah melalui era pendidikan yang sudah lama. Pengalaman itu sedikit sebanyak telah dikongsikan dalam kursus ini. Di samping itu, pengisian kursus yang menarik tentang teknik pengajaran melalui Didik Hibur, Apresiasi Sastera dan penumpuan ke arah peperiksaan (penulisan) sangat membantu saya. Terima kasih saya ucapkan. Biarpun kursus ini menjurus kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah terutamanya KOMSAS, tetapi sedikit sebanyak kaedah yang dikongsikan sangat membantu guru sekolah rendah juga. 

Sewaktu aktiviti pembengkelan guru sekolah menengah akan menggunakan Wadah Siswa dan guru sekolah rendah menggunakan Dewan Pelajar sebagai bahan. 

Selain mendapat majalah Wadah Siswa percuma beliau turut menjemput Dewan Bahasa dan Pustaka bahagian majalah untuk turut serta. Apabila DBP ada, sudah tentulah penjualan majalah turut berlangsung. Saya mengambil kesempatan untuk membeli majalah Dewan Bahasa dan Dewan Tamadun Islam. Saya fikir, guru bahasa Melayu haruslah banyak membaca terutama majalah yang berkaitan bahasa. Tidak salah untuk membeli Pelita Bahasa kerana kandungannya sangat membantu untuk mencambah idea. 

Kata-kata penceramah; "untuk belajar bahasa mahu tidak mahu hendaklah banyak membaca." Daripada pembacaan dapat menambah kosa kata, menggayakan bahasa dengan gramatis dan sebagainya. 

P/S: Saya gembira sangat apabila blog saya kembali meriah dengan pembaca yang aktif mengomen dan memberi respon. Terima kasih.


14 ulasan:

  1. Setuju dgn kata penceramah...tiada cara lain untuk memperkayakan kosa kata dan gaya bahasa...hanya dengan pembacaan.

    Semoga "Guru kreatif Murid aktif" mencapai matlamatnya....

    BalasPadam
  2. bagus kata kata penceramah itu :) dan bahasa pemilik blog sangat bagus, cikgu rupanya, saya sangat mengagumi seseorang yang cikgu

    BalasPadam
  3. Bin Muhammad, mudah-mudahan.

    Ya, apabila kita membaca secara tidak langsung kita temui gaya bahasa ataupun perkataan baharu.

    BalasPadam
  4. Aku Penghibur, terima kasih. Harapan saya bahasa Melayu terus dimartabatkan.

    Ya, seorang guru muda yang masih baharu dalam dunia pendidikan. Banyak yang perlu dipelajari.

    BalasPadam
  5. salam jumaat cikgu.saya suka jika para guru kreatif.sebab anak2 zaman sekarang semakin bijak bertanya.mereka mempunyai pelbagai pilihan cara belajar sama ada pergi tuisyen ataupun belajar online.

    saya teringat semasa sekolah menengah di shah alam,kebanyakan pelajar di dalam kelas kaum cina.mereka ni bijak,sudah tentu mempunyai pelbagai pertanyaan kalau tidak faham cara yang guru ajarkan.

    terkedu seketika guru kami apabila murid yang bijak ni,datang ke depan,tulis di papan hitam menjawab soalan dengan mudah tapi tepat,di blackboard.

    kami yang melayu pun segan dengan kaum cina yang lebih bijak menyusun kosa kata dan gaya bahasa mereka juga,not bad ^^

    BalasPadam
  6. sudah lama aiza tidak menggunakan bahasa melayu yang sebenar di dalam penulisan.. penulisan blog aiza dicampur sedikit bahasa pasar dan bahasa inggeris.. syabas diucapkan kerana telah memartabatkan bahasa melayu..

    BalasPadam
  7. aleaSaRa, salam jumaat.

    Dunia pendidikan sekarang ini bukan seperti dulu lagi kan. Kalau dulu pun muridnya sudah pandai seperti yang digambarkan, hari ini lagilah. Guru perlu kreatif supaya muridnya aktif.

    Terima kasih, perkongsiannya.

    BalasPadam
  8. Mizz Aiza, boleh mula dari sekarang. Siapa lagi yang hendak martabatkan bahasa ibunda kita kalau tidak kita. Tapi terpulang, bukan bermakna saya memaksa. Info yang menarik disampaikan dengan bahasa yang baik tentu lebih hebat. Semoga berjaya!

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah, suka entri ini. saya juga suka ber'bahasa' meskipun jurusan saya dan tugasan saya dulu meratib angka, saya sangat gemar orang yang yakin dan bangga dengan bahasanya.

    BalasPadam
  10. Puan Ummu Amar, terima kasih. Kalau bukan kita yang martabatkannya siapa lagi kan.

    BalasPadam
  11. insya-Allah.. terima kasih saudara.. :D

    BalasPadam
  12. semoga bahasa melayu terus gah.... dan digunapakai dgn sebaiknya.....

    BalasPadam
  13. Remy hazza,

    Sama-samalah kita menggunakannya dengan betul. Bahasa Jiwa Bangsa.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78