Pengikut

Rabu, 6 Februari 2013

Artikel: "Mencipta" Kerjaya melalui Bahasa Melayu di Dewan Bahasa

sumber daripada FB Dewan Bahasa
Kandungan untuk Dewan Bahasa Februari 2013 telahpun terbit. Sewaktu saya ke Pesta Buku 1Malaysia, majalah ini habis kata penjualnya. Entahlah, rasanya belum berada di pasaran.

Bercerita mengenai Dewan Bahasa ini, artikel saya yang berjudul "Mencipta Kerjaya melalui Bahasa Melayu telahpun disiarkan menerusi ruangan Darihal Bahasa. Terima kasih kepada editornya. Rasanya sudah lama saya tidak mengirim artikel ke sini. Dan agak lama saya tidak menulis artikel. 

Apabila terbaca status di Facebook Dewan Bahasa (jangan bertanya sama ada saya sudah ada FB ataupun tidak, kerana FB majalah DBP boleh dilayari sesiapa pun tanpa perlu mempunyai akauan FB sendiri) tentang fokus bulan Februari, terus saya terfikir dan merangka untuk menulis sesuatu. Memandangkan tempoh penghantarannya masih panjang. Ketika itu sewaktu musim cuti sekolah. Jadi dapatlah saya mencoret sesuatu. Hasratnya hendak juga menulis untuk fokus bulan Mac, tetapi tidak sempat kerana menulis untuk sebuah lagi majalah. 

Sudilah mendapatkannya untuk membaca. Saya pun belum melihatnya lagi. 

5 ulasan:

  1. Tahniah! Terpegun lama melihat senarai karya abang helmi yang tersiar di awal tahun 2013 ni. :)

    BalasPadam
  2. Terima kasih, Sue yang selalu menyokong.

    Terpengun? Alahmdulillah, berkat usaha dan doa yang tidak berhenti.

    Jom, terus menulis!

    BalasPadam
  3. Huhuhu cikgu dah dapat majalah DBP Februari ya? Kak Long masih menanti majalah-majalah DBP sampai ke Perlis :) Tahniah, artikel dalam Dewan Bahasa, Februari 2013. Insya-Allah, dah sampai majalah nanti, bolehlah Kak Long baca.

    Terima kasih juga sudi mendapatkan 'Ketika Kalbu Bersuara'. Huhuhu, antara susunan naskhah karya penulis-penulis besar lagi tersohor, ada juga terselit naskhah Kak Long dan sahabat yang sangat kerdil.

    BalasPadam
  4. Ya, saya beli di Pesta Buku 1Malaysia dengan harga RM 2.00 setiap naskhah. Cuma Dewan Bahasa saja yang belum. Sebab itu saya tidak dapat melihat artikel saya itu lagi, bagaimana bentuknya. Terima kasih sudi membacanya.

    Bermula dari kerdil tak apa. Nanti boleh jadi besar.

    BalasPadam
  5. Salam tuan, minta hubungi saya melalui facebook aspirasiauf. Ada urusan mustahak melibatkan hak cipta.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78