Rupa-rupanya menulis artikel atau makalah lebih mendera minda saya sekaligus menjadikan fizikal saya lesu kerana terpaksa terpaku di depan laptop hampir beberapa jam lamanya. Aduh!
Memperoleh kebahagian setelah artikel tersiar sedikit sebanyak menebus kembali tenaga yang hilang. Keseronokan itu berlumba-lumba datang setelah satu persatu karya yang dihasilkan diterima baik oleh editor.
Jika anda bertanya kepada saya antara penulisan kreatif dengan penulisan artikel saya tetap menyatakan kedua-duanya mempunyai selera yang memberahikan untuk saya rengkuhi. Namun, setelah ketimbang kira, saya berasakan penulisan kreatif ialah buah hati yang sering buatkan saya gila bayang.

Assalamualaikum.
BalasPadamAbang Helmi, saya bersetuju dengan pendapat yang dilontarkan. Menulis hal-hal akademik lebih mencabar berbanding hal-hal kreatif.
Waalaikumusalam.
BalasPadamYa, memang mencabar untuk menulis artikel ni. Perlu rujukan yang cukup.