Pengikut

Ahad, 13 Januari 2013

Gangguan Emosi

Sebenarnya saya tidak tahu hendak bermula bagaimana. Tetapi saya berasakan saya telah mengalami gangguan emosi. Semalam saya menerima perkhabaran dari guru besar bahawa saya diarahkan berpindah ke sekolah baharu. 

Ketika itu perasaan saya tiba-tiba menjadi tidak tenteram. Setelah saya dapat menyesuaikan diri di sekolah jenis kebangsaan cina, tiba-tiba perlu berpindah ke sekolah kebangsaan. Pengalaman mengajar di SJK (C) belum cukup bagi saya. 

Dalam masa setahun itu, saya masih tercari-cari rentak dan cuba mengaut seberapa banyak pengalaman, alih-alih diarahkan untuk berpindah. Walau bagaimanapun, saya perlu menerimanya dengan reda. Pasti ada hikmah di sebaliknya. Amin.

2 ulasan:

  1. Dugaan menjadi seorang guru, selalunya begitukan. Bersabarlah, tentu ada sesuatu yang DIA ingin berikan.

    Apa-apa jua yang berlaku dalam hidup yang sudah ditetapkan tentu ada hikmah di hujungnya. Ada hikmah di dalamnya. Moga-moga ALLAH sentiasa melapangkan dada dan permudahkan segalanya. :)

    BalasPadam
  2. Terima kasih Sue. Sokongan dan kata-kata semangat itu menjadi kekuatan kepada saya.

    Saya juga mengharapkan perpindahan itu diberkatinya. Rancangan-Nya pasti lebih baik daripada rancangan saya.

    Amin.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78