Pengikut

Ahad, 20 Januari 2013

Cerpen: Pulut Warisan Ikatan Hati di Mingguan Wanita



Alhamdulillah, PULUT WARISAN IKATAN HATI telah disiarkan di Mingguan Wanita, edisi 11-17 Januari 2013. Kepada pembaca yang sudah membaca saya ucapkan terima kasih dan bolehlah memberi pandangan. Kepada yang belum membeli dan membacanya, bolehlah berbuat demikian kerana saya fikir, majalah ini masih berada di pasaran.

Apakah yang istimewanya pulut warisan ini? Dan mengapakah pulut warisan ini dikatakan mampu mengikat hati? Untuk mengetahui kisahnya bolehlah mendapatkan majalah ini.

Antara petikan daripada cerpen tersebut:


"Aku masih belum nyanyuk untuk terlupa pekerjaan mereka. Malah atas tiket pekerjaan mereka itulah aku cuba bertindak waras dengan mengusulkan cadangan ini. Tidak bolehkah seorang guru menerima cadangan baikku ini? Doktor sekalipun, pasti dia arif benar akan hal ini."

"Aku sama sekali tidak dapat terima jawapan Kakak Ton. Ungkapan anak masih kecil hanyalah satu alasan. Aku kira Kakak Ton turut tertipu dengan muslihat usia anaknya sendiri. Pernah anak kecilnya itu menghantar pesanan agar aku meluluskan permohonan menjadi teman  Facebooknya. Kecilkah kalau sudah ada akaun Facebook?"



7 ulasan:

  1. Assalamualaikum Sdr. Helmi Ahmad.

    Tahniah atas tulisan anda untuk Januari ini di Tunas Cipta, Pelita Bahasa dan lain-lain. Semoga tekal berkarya yang baik. Tahniah.

    BalasPadam
  2. Salam Sdr. Helmi Ahmad.

    Tahniah atas karya-karya di Tunas Cipta, Pelita Bahasa.

    Semoga terus berkarya yang baik. Salam perjuangan.

    BalasPadam
  3. Waalaikumusalam saudari Wardah Munirah.

    Terima kasih sudi singgah lagi.

    Alhamdulillah, saya berharap tulisan saya itu bermanfaat untuk pembaca.

    BalasPadam
  4. Tahniah bang Helmi. Doa Su yang tidak pernah berubah, semoga terus kekal dalam perjuangan dalam legasi perjuangan.

    BalasPadam
  5. Terima kasih Sue. Antara rakan yang sering menyokong. Amin. Abang turut mendoakan Sue berjaya.

    BalasPadam
  6. Tahniah cikgu, teruslah berkarya. Izinkan Kak Long meminjam semangat cikgu yang terus gigih berkarya berarus tali, meski cabarannya tidak sedikit.

    BalasPadam
  7. Terima kasih, Kak Long yang sentiasa menyokong saya. Silakan. Sesiapapun boleh mengambil semangat itu jika ia bermanfaat.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78