Pertama kali saya membaca kumpulan cerpennya-GUNTING (terbitan ITBM) saya sudah terpesona. Lantas saya berkira-kira untuk mencari kumpulan cerpennya yang lain. Cerpennya berlangsung dalam emosi yang tidak menentu. Saya tertarik dengan cerpen 'HANTU' nya. MARSLI N.O, bukanlah nama yang perlu diperkenalkan lagi dalam dunia penulisan. Sememangnya, penulis ini mempunyai pengaruhnya tersendiri. Miliki pola penulisan yang barangkali sesetengah pihak mendakwa agak keras.
Apabila saya ke kedai buku tempoh hari, saya meneliti dari rak buku ke rak buku. Akhirnya, terjumpalah DEMI (terbitan 1998) dan MASIHKAH AKU BERMIMPI (terbitan 2012), kumpulan cerpen MARSLI N. O. Tanpa berfikir panjang saya mengambilnya untuk membeli dan meneruskan pencarian buku yang lain pula.
Kemudian, saya juga berhasrat mencari kumpulan cerpen ROSLAN JOMEL. Penulis yang menulis tidak mengikut norma penulisan. Maksudnya, kadang-kadang watak yang dijadikan ceritanya tidak terjangkau dalam pemikiran kita. Latarnya juga kabur. Tetapi masih memiliki keistimewaannya. Setelah saya miliki SELAMAT DATANG KE MALAYWOOD, saya bercita-cita untuk mendapatkan NAMAKU EPAL KUNING. Sebelum ini berkali-kali saya hendak membelinya, tetapi ketika itu niatnya tidak kuat. Akhirnya, kumpulan cerpen ini berjaya juga menjadi koleksi saya. Biarpun penat menghabiskan SELAMAT DATANG KE MALAYWOOD belum lagi usai. Tambah-tambah setelah membaca LELAKI YANG MENETAK ANAKNYA. Kebanyakan cerpen ROSLAN JOMEL ditulis dalam kuantiti muka surat yang panjang.
Saya pernah mendengar NISAH HARON pernah menguar-uarkan akan kumpulan puisi KASIH BONDA -KAMPUNG PAYA KAMI. Kumpulan puisi ini disekalikan dengan coretan lukisan tangan penulisnya, iaitu SITI ZAINON ISMAIL. Satu nama besar dalam dunia penulisan, khususnya berlegar dalam ketokohan seorang penulis wanita yang berjaya. Tanpa menunggu lebih lama, saya menyambutnya, kemudian terus membayar. Jika saya menunggu lebih lama, saya akan berubah fikiran.
Kenapa saya membeli majalah tersebut?
1. DEWAN BUDAYA- sebab saya nak baca cerpen saudara KHALIL ZAINI (GEMA PUSAKA)
2. PELITA BAHASA - sebab saya nak baca cerpen saudari NAZURAH M.K (PELANGI LUKA
SENJA HIBA) dan puisi NILAMSURI (PERINDU BAHASA)
3. DEWAN SISWA- sebab saya tidak dapat mengetahui karya yang tersiar pada bulan terkini. Di
Facebook tidak ada. Di web DBP juga tidak dipaparkan.
4. MASTIKA - sebab saya nak baca artikel NUR SUHADA, ruangan MASTIKA IDOL.
Inilah tanda sokongan saya kepada rakan-rakan penulis. Tahniah kepada semua. Moga terus lestari dalam dunia penulisan.
*Novel terakhir yang saya baca ialah DERU ANGIN, WARIS PEJUANG dan RIMBA JIWA (pemenang HSKU 2011). Saya lebih banyak membaca kumpulan cerpen sejak akhir-akhir ini.
Saya ada memiliki kumpulan cerpen Marsli N.O (yang pertama bagi saya) 'Menanti Buraq', dan saya boleh katakan beliau mempunyai kelainan yang unik dan tersendiri. Amat berbeza dengan penulis lain kebanyakannya. Begitu juga dengan Roslan Jomel. Saya berkedapatan untuk memiliki 'Namaku Epal Kuning' dan baru-baru ini "selamat Datang Ke Malaywood'.
BalasPadamMembaca kedua-dua hasil tangan Marsli N.O dan Roslan Jomel, membuat saya cukup kagum dengan pemikiran mereka.
Boleh saya katakan, bukan mudah untuk menulis karya yang sebegitu. Pastinya mereka sering mentelaah karya-karya yang baik dan lain daripada biasa (seperti Roslan Jomel; karya penulis antarabangsa).
Terima kasih, saudara Jamal dengan perkongsian ini.
BalasPadamYa, kedua-dua penulis ini miliki gaya penulisan dan prinsipnya tersendiri.
Saya juga telah memiliki kumpulan cerpen Marsli N.O-Gunting. Membaca cerita hantunya sangat mengujakan.
terima kasih di atas sokongan saudara Helmi..
BalasPadamdan tahniah juga utk karya2 terbaru yg tersiar..saudara sangat rajin menulis..
Sama-sama nazurahmk.
BalasPadamMoga terus prolifik menghasilkan karya yang bermutu selepas ini.
Wah beli buku baru lagi. Cemburu! huhu. Sue banyak tak habis baca lagi buku2 yang dibeli di hujung tahun ni. Cuti sem ini nak melunaskan segala 'dendam', pada buku dan dunia kalbuku. :)
BalasPadamterima kasih bang helmi sebab membaca coretan hati sue di mastika. Sekadar tulisan biasa, kenangan seorang 'kakak pada adiknya'. Terima kasih atas sokongannya.
Sue, abang juga belum habis membaca buku-buku yang telah dibeli. Alhamdulillah, cuti sekolah ini telah memberi sedikit ruang untuk dilunasi. Walaupun kadangkala berbagi untuk kerja-kerja penulisan.
BalasPadamTidak salah memberi sokongan kan...jadi teruskan menulis Sue, walau apa-apapun yang dicoret.
Saudara, kedai buku mana yang saudara pergi?
BalasPadamSaudara, Abdul Hakim, boleh saya tahu buku yang mana?
BalasPadamSaya beli di Alor Setar, Kedah. Kedai wakil pengedar DBP.
Salam sdr, saya merujuk kepada kedai yang disebut dalam entri ini. Apa-apa pun, terima kasih untuk maklumat diberi. Kalau ada masa ke Alor Setar, saya juga akan cari kedai ini.
BalasPadamSaya suka book hunting. :) Kadang-kadang terjumpa buku yang tidak disangka-sangka.