Pengikut

Khamis, 22 November 2012

Cerpen dan Puisi: di Tunas Cipta November 2012


Dalam sejarah penulisan saya bersama Tunas Cipta, saya kira belum pernah cerpen dan puisi saya tersiar bersama dalam satu edisi. Ternyata, edisi November 2012 menceritakannya. Saya mula menghantar karya ke Tunas Cipta bermula pada tahun 2009. Bersilih ganti sudah, editornya bertukar. 

Setelah tahun 2009, 2010 dan 2011, saya jarang menghantar cerpen ke Tunas Cipta. Namun, setelah masuk tahun 2012, saya beranikan diri untuk mencuba menghantarnya ke Tunas Cipta. Alhamdulillah, cerpen saya diterima dengan baik. Bermula dengan cerpen ADIWIRA SELAT MELAKA, TENTANG WARIS dan kini PEAH AKU MAHU PULANG

Sebenarnya, pelbagai cabaran yang saya hadapi sebelum melihat TENTANG WARIS dan PEAH AKU MAHU PULANG hendak tersiar. Rahsianya, biarlah saya simpan rapat-rapat. Masih berbaki sebuah lagi cerpen yang saya usulkan bersama PEAH AKU MAHU PULANG. Harapan saya cerpen tersebut akan mengikuti cerpen saya yang lain juga. Terima kasih editornya.(Untuk rekod, cerpen saya tersiar dua bulan berturut-turut)


Saya mengirimkan puisi KORBAN ATLET ini setelah membaca Facebook Tunas Cipta berkenaan editornya menyarankan agar penulis menghantar karya berupa menghargai semangat kesukanan ke meja editor. Jadi saya rebut peluang itu. Alhamdulillah, puisi saya terpilih. Puisi ini tersiar bersama beberapa orang penulis yang lain. Antaranya, saudara EFANDI YUSOP. Saya kira penulis muda ini mempunyai kerajinan yang tinggi dan peluang yang cerah sekiranya berdisiplin untuk terus berkarya. Tahniah juga kepada penulis yang lain. 


Tahniah kepada atlet negara. Memetik puisi KORBAN ATLET:
...
katamu-seorang atlet ialah pahlawan
sanggup berjuang mempertahankan maruah negara
daripada kecundang di tangan lawan.
Adakalanya seorang atlet tidak ubah seperti bola
yang akan disepak terajang oleh sesiapa sahaja
setelah menghadiahkan ketewasan.
... 

13 ulasan:

  1. Tahniah atas karya-karya yang tersiar.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, tahniah bang Helmi. Su dah nikmati kedua karya itu. Semangat hujung tahun! :)

    BalasPadam
  3. haa....sudah tukar warna latar teks....senang makcik nak baca! He he...
    Saya berharap saya memiliki kerajinan seperti helmi....

    BalasPadam
  4. Terima kasih Sue.

    Ya, berbaki hanya sebulan sahaja lagi. Abang berharap masih ada karya yang tersiar. Begitu juga dengan Sue. Sama-sama kita berdoa.

    BalasPadam
  5. Ye ke 'mak cik' Ros..huhu
    Moga-moga ya Kak. Orang kata, ambil yang jernih buang yang keruh. Ayuh!

    BalasPadam
  6. Tahniah. Terima kasih saudara Helmi. Insyaallah saya akan lebih gigih.

    BalasPadam
  7. Sama-sama Efandi. Moga terus bersemangat ya.

    BalasPadam
  8. Tahniah bang Helmi. Nanti saya baca bila pulang ke rumah nanti.

    BalasPadam
  9. Terima kasih, Haniff.

    Selepas baca, digalakkan memberi pandangan, huhu

    BalasPadam
  10. Ala bang Helmi selalu cam tu...Hahaha....

    BalasPadam
  11. Ala Haniff selalunya satupun tak sampai,huhuhu

    BalasPadam
  12. Hahaha...ya la... nanti saya komen...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78