Pengikut

Khamis, 26 April 2012

Pesta Buku Antarabangsa Menjelma Selesema Pula Menyerang


Saya tidak tahu bagaimana hendak menyambut perasaan ini. Tatkala acara tahunan ini menjelma dalam celah-celah itu pula selesema menyerang. Untuk tahun ini sudah dua kali saya diserang selesema. Badan jadi tidak sedap. Adakala panas hendak demam. Letih segala-galanya. Itulah dugaan namanya.

Jika ditanya antara BERSIH 3.0 dengan PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC mana satu menjadi pilihan sudah tentu PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC. Kawan-kawan ayuh kita serbu ke PWTC bukannya DATARAN MERDEKA.

Antara buku yang sudah menjadi idaman saya adalah PEREMPUAN NAN BERCINTA, KETUPAT CINTA MUSIM II. Selain judul-judul yang pernah saya senaraikan sebelum ini.


Bagi yang belum mengetahui pesta buku ini akan berlangsung dari 27 April hingga 6 Mei. Selamat 'bershopping.'




*Ada sesiapa yang tahu kenapa blog Faisal Tehrani tidak boleh diakses? Sudah berkali-kali saya cuba.

10 ulasan:

  1. Mungkin masalah server atau ketercapaian internet.

    BalasPadam
  2. Salam perkanalan saudara Jamal Ali.

    Entahlah, saya rasa dahulu blognya pernah ditutup. Tiba-tiba saja saya lihat dia terbitkan sesuatu di blog berkenaan. Bila nak akses tidak dapat.

    Saya cuba juga guna agen pelayar yang lain tetapi tidak tercapai juga.

    BalasPadam
  3. wah,nak pergi jugak!
    Blog FT dah lama tak active, maybe ada isu-isu tertentu yang menyebabkan blog berkenaan ditutup...=)

    BalasPadam
  4. Jomlah nat, kita pi ramai-ramai esok.

    Dulu memang tak aktif, tapi sehari dua ni aku tengok dia ada terbitkan entri terbaru pasal bukunya.

    BalasPadam
  5. Kalau boleh elakkan diri memasuki bersih kerana ia kotor dalam membantutkan keharmonian negara. Ia adalah demonstrasi politik yang menjadikan kita kembali ke arah zaman kuno.

    BalasPadam
  6. tkasih kerana menjemput saya ke blog anda. teruskan menulis

    BalasPadam
  7. Saya sangat berbesar hati menerima kunjungan Tuan Jaya Ramba. Terima kasih Tuan. Singgahlah lagi nanti.

    Ya saya faham. Itulah baru saya fahami BERSIH itu tidak semestinta suci, putih. Dalam cabang semantik sesuatu kata atau perkataan itu boleh membawa banyak makna.

    BalasPadam
  8. kalau nak tgk blog faisal tehrani, klik ni.

    http://jompr0xy.appspot.com/tehranifaisal.blogspot.com

    :D

    BalasPadam
  9. Kalau nak tgk blog faisal tehrani,

    http://jompr0xy.appspot.com/tehranifaisal.blogspot.com

    :D

    BalasPadam
  10. Terima kasih saudara Reeq Abdiyyas kerana berkongsi maklumat itu.

    Salam perkenalan juga.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78