Pengikut

Rabu, 7 Mac 2012

Kerjaya Penulis Eceran


Alhamdulillah, setelah masuk ke bulan Mac 2012 saya berjaya menyudahkan beberapa buah cerpen. Dan cerpen tersebut telahpun dikirimkan ke media penerbitan. Sebelum ini hingga Mac 2012 karya saya baik cerpen mahupun puisi yang tersiar adalah karya-karya yang saya hasilkan pada tahun-tahun lepas. Syukur kerana masih diterima editor. Terima kasih editor yang pernah menyiarkan karya saya.

Bercakap mengenai media penerbitan baik surat khabar mahupun majalah saya ingin menyentuh sedikit. Sebagai seorang penulis haruslah menjadi penyibuk dengan pergi ke kedai yang menjual majalah atau buku untuk menyemak karya-karya mereka sama ada tersiar ataupun tidak. Jangan hanya menunggu editor untuk memaklumkan sahaja.



Untuk pertama kali menghantar karya ke media tertentu saya akan terlebih dahulu membuat kajian atau melakukan tugasan dengan membeli majalah ataupun surat khabar tersebut. Hal ini penting bagi mengetahui bagaimana langgam karya yang mengisi ruangan kreatif media tersebut.

Saya akan baca dan teliti setiap karya yang pernah tersiar sebelum-sebelum ini. Hingga kadangkala saya terpaksa membeli dua atau tiga keluaran sebelum mencuba menghantar karya. Sebenarnya ini juga merupakan tips untuk memancing editor menyiarkan karya kita. Apabila kita sudah tahu cara pemilihan editor terhadap karya untuk disiarkan dalam ruangannya maka kita cuba sedaya untuk hasilkan karya yang terbaik.



Di samping itu juga dapatlah kita menyemak alamat e-mel editor tersebut untuk memudahkan kita menghantar karya. Setiap bulan saya dengan tidak tahu malu akan ke kedai majalah terdekat untuk membelek-belek majalah atau surat khabar yang mana saya ada menghantar karya.






Bagi sesetengah penulis lelaki  mereka agak malu untuk membelek majalah terutamanya majalah wanita, kekeluargaan apalagi untuk membelinya. Saya juga tidak nafikan saya juga mengalami perasaan itu pada mulanya tetapi setelah lama kelamaan saya merasakan itu hanya perkara biasa.








Satu hal lagi ada sesetengah penulis yang agak kedekut untuk membeli majalah-majalah ini. Katanya mahal. Tetapi bagi saya tidak salah membeli terlebih dahulu. Bayangkan apabila ada karya kita yang tersiar berbaloilah dengan bayaran honorarium yang diperolehi. Mulanya kita hanya mengeluarkan bayaran tidak lebih daripada RM 10.00. Selepas itu kita dapat pula RM 100 untuk sebuah cerpen.











Untuk majalah terbitan DBP saya kira tidak ada masalah untuk menyemak karya-karya yang tersiar. Selain daripada Facebook, terdapat juga Portal DBP yang memudahkan penulis untuk menyemak karya yang tersiar setiap bulan. Namun untuk membaca dan mengetahuinya dengan lebih lanjut eloklah memilikinya sendiri.



Sekarang ini terdapat banyak majalah di pasaran yang menyediakan ruangan kreatif sama ada cerpen mahupun puisi. Terserah kepada penulis untuk merebut peluang. Bagi saya kerajinan dan usaha itu kunci kejayaan.

Jadi menjadi seorang penulis bukanlah sesenang yang disangka. Jika anda tidak mampu untuk melakukan ini semua maka anda fikirlah berkali-kali sebelum berhajat untuk menjadi seorang penulis eceran.

*Ini sekadar perkongsian. Anda boleh menambahnya lagi.

8 ulasan:

  1. Bagus perkongsiaannya. Adakalanya, kita agak lokek untuk mengeluarkan wang untuk membeli beberapa majalah di pasaran dan menghantar karya tanpa menyelidik majalah itu terlebih dahulu.

    BalasPadam
  2. Betul tu Haniff. Anggaplah itu sebagai pelaburan.

    BalasPadam
  3. terima kasih atas perkongsian. moga membantu.

    BalasPadam
  4. Harap-harap begitulah Fathul. Terima kasih kerana sudi menjengah lagi.

    BalasPadam
  5. Tahniah di atas setiap kejayaan. Memang anaknda seorang yang cukup berhati-hati lantaran itu banyak karya2 anaknda diterima oleh akhbar atau majalah. Kita mesti mendidik diri kita dan kita sendiri yang mesti mendisplinkannya. Tahniah lagi.

    BalasPadam
  6. Terima kasih ayahanda. Sokongan semua memberikan semangat untuk saya terus menulis.

    BalasPadam
  7. -Selamat maju jaya, encik cikgu! ;)

    BalasPadam
  8. Terima kasih saudara Amir Batrisya yang sudi singgah ke blog saya. Semoga memperoleh sesuatu.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78