Setiap penulis saya fikir pasti ada bank karya masing-masing. Tidak kiralah untuk menyimpan puisi, cerpen mahupun makalah-makalah yang lain. Di pendekkan cerita saya membuka bank karya cerpen saya untuk melihat kembali cerpen-cerpen yang pernah saya hasilkan dan pernah hantar ke media. Sejurus itu terlihatlah cerpen saya yang saya hasilkan lewat tahun 2009 yang lalu. Cerpen tersebut berjudul PERMAISURI. Cerpen ini pernah saya hantar ke majalah SERI DEWI & KELUARGA pada suatu ketika.
Namun apabila tiada khabar berita saya pun memutuskan untuk menghantar ke suatu media. Saya pun mengedit apa yang patut. Selepas siap saya pun hendak mengirimkannya. Namun sebelum itu saya cubalah menyemak sistem OPEC yang merekodkan karya-karya penulis yang pernah tersiar di media. Alangkah terperanjatnya saya apabila saya menaip tajuk cerpen PERMAISURI sebagai kata kunci. Di situ tercatat nama Mohd Helmi sebagai pengarang. Lantas masih was-was saya terus menghubungi editor SDK untuk mendapatkan kepastian. Namun hampa tidak berjawab.
Kemudian saya mengirimkan e-melkan pertanyaan. Akhirnya dijawab oleh seorang editor. Katanya nama pengirim cerpen tersebut adalah MOHD HELMI BIN AHMAD namun yang membezakannya adalah e-melnya. Saya sekadar senyum. Kerana melihatkan e-mel tersebut merupakan e-mel saya. Namun e-mel itu sudah tidak digunakan.
Alhamdulillah setelah menunggu hampir setahun cerpen tersebut rupa-rupanya tersiar juga. Cerpen tersebut tersiar pada bulan MAC 2010. Tidak salah saya hantar cerpen tersebut pada APRIL 2009. Ternyata penantian memang suatu penyiksaan. Penyiksaan itu saya sifatkan amat berbaloi. Cerpen tersebut juga saya hantar menggunakan pos. Dan memang prosedurnya begitu untuk menghantar karya ke SDK haruslah mengisi borang penyertaan yang disediakan di dalam majalah.
Tahniah yang tidak terhingga....
BalasPadamTerima kasih ayahanda kerana tidak jemu-jemu mengutuskan ucapan keramat itu.
BalasPadamTerima kasih atas kunjungan,moga ada persamaan pada titik juang,memertabatkan seni.........
BalasPadamPuisi adalah ekspreasi dari pengalaman.......tempias dan percik rona sekeliling seringkali dianyam.....
dan hamparannya jika indah kita susuri....
jika sebaliknya sebagai tauladan ....kita berpesan-pesan....
salam puisi dan salam bahagia.....
Terima kasih Tuan Zul kerana sudi berkunjung balas. Sungguh halus bahasanya.
BalasPadam