Koleksi Karya

Jumaat, 17 Februari 2012

Judul Karya

Nampaknya sudah beberapa hari yang berlalu saya gagal untuk mencatatkan sesuatu dalam blog saya ini. Bukan tidak mahu mencatat tetapi tidak ada perkara untuk dikongsikan. Memandangkan saya kurang sihat. Hari ini alhamdulillah kesihatan saya kembali pulih walaupun tidak sepenuhnya lagi.

Bercakap mengenai judul sesuatu karya, saya akui kadangkala judul karya saya nampak klise. Perkara yang tidak kurang penting juga sebenarnya dalam penjenamaan judul. Judul memainkan peranan penting. Sesetengah pengkarya menyatakan judul haruslah menggambarkan keseluruhan isi cerita baik cerpen mahupun puisi. 

Ada sesetengahnya pula menyatakan pemilihan judul haruslah berhati-hati agar judul tidak mendedahkan keseluruhan isi cerita yang hendak disampaikan sehinggakan apabila pembaca membaca judul pembaca sudah dapat meneka perjalanan cerita hinggalah penamatnya. Jadi di sini sudah tidak menunjukkan kelainan, kerahsiaan lagi. 

Judul yang klise juga memungkinkan sesebuah karya itu sudah tidak nampak baru, segar. Alangkah ruginya hanya dek kerana judulnya yang klise orang membuat tanggapan karya itu sudah 'basi'. Satu lagi hal  judul karya yang diberi langsung tiada kaitan dengan isi karya. Jadi haruslah berhati-hati dalam memberi judul karya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan