Terima kasih saya ucapkan editor Tunas Cipta yang sebelum ini iaitu, Tuan Armin yang sudi menyunting saya untuk mengisi Ruangan Bicara Tunas, bulan Februari 2012. Mula-mulanya agak terkejut tatkala membaca emel daripada Tuan Armin. Memandangkan saya yang masih baharu saya agak segan dan berasa diri ini masih kerdil untuk berkongsi dengan penulis-penulis yang lain. Namun saya berpegang kepada perkongsian yang berfaedah sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat kepada penulis-penulis yang baru mula hendak menulis saya menerima tawaran itu.
Walaupun saya masih tidak berkesempatan untuk menatap hasil perkongsian saya itu di Tunas Cipta saya akui masih kekurangan yang perlu diperbaiki. Hal ini kerana inilah kali pertama saya berkongsi proses kreatif saya secara formal begitu dengan khalayak. Walaupun ia sekadar perkongsian yang lebih kepada pengalaman bagaimana saya mula menulis namun saya percaya sedikit sebanyak dapat merangsang bakal-bakal penulis untuk menyahut cabaran menjadi seorang penulis yang hebat.
Di sini saya petik kandungan Tunas Cipta, Februari 2012. Kepada yang belum menyemaknya bolehlah berbuat demikian. Tahniah kepada penulis yang karyanya tersiar. Bagi yang tidak tersiar jangan mudah berputus asa. Saya juga pernah merasainya. Dengan Tunas Ciptalah saya mengasah pena saya hingga di mana saya berada sekarang ini. Saya lihat Tunas Cipta banyak memberi peluang kepada penulis muda untuk mengasah pena. Tahniah!
tahniah sahabat.. nanti tolong belikan satu ok.. :)
BalasPadamTerima kasih. TC Februari ada dekat Pito.
BalasPadamAku pun tak tau nak beli di mana. Kalau dekat Kedah tahulah.... nanti kalau hang jumpa beli dekat aku sama.
Tahniah.Semoga terus maju.
BalasPadamTerima kasih Puan Rositah. Insyaallah...
BalasPadamcerpen terbaru dalam mingguan perdana karya masmerah.... sajak bukan kita...
BalasPadamTahniah atas penyiaran esei tersebut. Membaca perkongsian itu di Tunas Cipta Februari 2012 begitu merangsang semangat saya untuk tekal menulis seperti tuan. Saya mengikuti jejak penulisan tuan sejak setahun dua ini.
BalasPadamSemoga terus konsisten menghasilkan karya :)
Terima kasih ayahanda. Di sini anakanda belum menjumpai kedai yang menjual mingguan warta perdana. Jadi agak susah untuk menyemak karya yang tersiar.
BalasPadamTerima kasih saudara syukri kerana membaca perkongsian yang tidak seberapa itu. Terima kasih juga kerana mengikuti jejak penulisan saya yang masih setahun jagung ini. Terasa sangat dihargai.
BalasPadamInsyaalah selagi berdaya saya akan terus menghasilkan karya.