DI KAMPUNG DI KOTA
Di kota
Nenek takut akan bangunan yang keras membatu
Nenek takut akan manusia yang membisu
Tidak pernah nenek lihat mereka
menyelak tirai kemasyarakatan
membuka pagar kejiranan
Semuanya kerja keras mengumpul harta
Untuk membina mahligai impian.
Maafkan nenek
Nenek tidak boleh berlama di kota
Nenek harus pulang ke kampung
Nenek tidak boleh hidup tanpa ulam-ulaman
Di kota jering, petai, genuak
Semuanya meloyakan
Tetapi di kampung itulah santapan setiap hari.
Sekiranya nenek keterlaluan
Maafkan nenek, Cu
Di kota hidup nenek sering alpa
Di kampung nenek tidak boleh alpa
Lintah
Ayam
Katak
Pacat
Dan nyamuk sering mengingatkan nenek.
Mohd Helmi Ahmad
Alor Setar, Kedah
Alor Setar, Kedah
Tahniah Mohd Hilmi Ahmad....
BalasPadamTerima kasih ayahanda.
BalasPadam