Pengikut

Selasa, 17 Januari 2012

Osman Dol 'Lari Dari Neraka'

Tatkala membaca tajuk blog ini saya rasa bukan saya sahaja yang terkejut malahan anda juga. Ramai yang tertanya betulkan Osman Dol masuk neraka? Betulkah Osman Dol lari dari neraka? Namun disebalik penjenamaan nama blog itu ada kisahnya barangkali. Yang dapat saya kesan ada sebuah novel beliau yang bertajuk Lari Dari Neraka. Terlebih dahulu kenalkah anda dengan orang yang bernama Osman Dol ini? Saya fikir dalam kalangan penulis, peminat sastera pasti mengenali beliau. Saya petik pengenalan ringkas dari blog beliau.

OSMAN DOL dan penulisan memang tidak dapat dipisahkan. Sudah lebih dari 50 tahun Osman Dol perhambakan dirinya di bidang ini. Walaupun umurnya kini telah menjangkau 65 tahun (23.12.1944) beliau tetap aktif menulis. Sehingga kini beliau telah menghasilkan hampir 200 buah cerpen, 18 buah novel, 2 buah antologi cerpen dan berpuluh-puluh buah drama radio dan beberapa buah sajak. Selain dari penulisan kreatif, beliau juga banyak menulis rencana-rencana agama dan sastera.


Mahu baca dengan lebih lanjut bolehlah mengunjungi blog beliau di http://osmandol.blogspot.com/ 

Saya sangat kagum dengan semangat penulisan beliau. Walaupun sudah 'berumur' tetapi jiwanya tetap masih muda. Boleh dikatakan masih aktif berkarya. Begitu juga barangkali golongan yang seangkatan iaitu Zahari Hasib, Nordin Hj Abdullah, Adnan A.M, Jamaludin D. Shapiai Muhammad Ramly (sekadar menyebut beberapa nama) yang saya fikir mereka ini masih mempunyai minat dan azam yang kuat untuk terus menyumbang bakti dalam bidang penulisan. Kalau kita lihat masih ada karya-karya mereka mendapat tempat dalam media arus perdana. Syabas dan tahniah saya ucapkan.

Puisi terkini hasil karya Nordin Hj Abdullah adalah di Mingguan Warta Perdana, edisi 15 Januari 2012. Saya petik daripada akhbar tersebut yang berbunyi

Dan Aku
Dan aku 
Lebih senang begini
Menukangi puisi
Demi puisi
Yang sebenarnya
Adakalanya langsung
Tak dihargai oleh
Mereka yang berminda 
Kebendaan.

Namun aku
Akan terus berjuang
Dengan puisi dan
Lain karya
Menyatakan yang hak
Menidakkan yang batil.

Tak kuharapkan penghormatan
Hanya semoga Allah
Akan merahmatkan
Perjuanganku yang
Tak seberapa ini.

*Puisi yang ringkas tetapi membawa mesej dan utusan yang besar.

2 ulasan:

  1. terima kasih anaknda. doakanlah semoga ayahnda sihat dan mampu berkarya. tk. assalamualaikum wrt.

    BalasPadam
  2. Amin. Waalaikumusalam. Anakanda sentiasa menantikan karya terbaru dari ayahanda.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78