Pengikut

Ahad, 22 Januari 2012

Betapa Berharganya Sebuah Kampung Halaman


Ah, beginilah setiap kali musim perayaan tiba. Tidak kiralah hari raya apa sekalipun. Asal ada saja cuti orang ramai akan mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung. Lihat betapa berharganya sebuah kampung halaman. Jadi untuk apa kita mahu menggadaikannya untuk sebuah 'pembangunan' yang tidak tahu jaminannya di kemudian hari. Kepada yang masih ada kampung halaman hargailah ia seperti kita menghargai kedua ibu bapa kita.

Kesesakan lalu lintas yang melampau semalam telah meletakkan diri saya tidak duduk diam di dalam bas. Bayangkan bas yang dijadualkan bertolak pada pukul 10.45 pagi telah mengingkari janji lalu kami bertolak pada pukul 11.10 pagi. Kemudiannya kami terperangkap dalam bas di atas lebuh raya sebelum melalui Tanjung Malim kurang lebih 5 jam. Dari jam 11.10 hingga 3.30 baru berjaya melepasi Tanjung Malim. Kenderaan di atas jalan seperti semut yang menghurung gula. Di tambah pula keadaan hujan yang turun sememangnya Kuala Lumpur lemas untuk bernafas. 

Selepas itu kami meneruskan perjalanan hinggalah saya tiba di Shahab Perdana, stesen bas Alor Setar sekitar 9.30 malam. Saya rasa inilah kali pertama saya 'merasai' bagaimana rasa sepotong kesesakan yang dihidangkan sebuah kemajuan lebuh raya. Semakin maju, semakin bertambah kenderaan semakin menyulitkan. Entahlah, kita terpaksa menerimanya.

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78