Koleksi Karya

Sabtu, 28 Januari 2012

Cuti Berakhir Kembali Pulang Bertugas

Setelah pulang ke Kedah selama seminggu bercuti sempena Tahun Baru Cina, esok saya akan pulang ke Batang Kali, Selangor semula untuk memulakan tugas. Agak berat untuk saya pulang ke Batang Kali meninggalkan keluarga di Kedah. Demi tugas saya gagahkan hati untuk kembali menyambung tugas, mendidik anak bangsa.

Seperti biasa tiket untuk pulang sempena Tahun Baru Cina tidak kiralah ketika hendak pulang ke Kedah atau kembali ke Kuala Lumpur harga tiket pasti melambung. Dengan harga RM 45.00 saya akan menaiki bas menuju ke Pudu Raya. Mulanya hendak turun di Tanjung Malim, dekat sikit dengan Batang Kali tidak perlulah ke Pudu Raya, alangkah tidak bertuahnya saya apabila bas yang hendak ke Tanjung Malim hanya ada pada waktu malam dan sebuah saja yang berjalan dalam satu-satu masa. Jadi saya ambil keputusan untuk turun di Pudu Raya. Harap-harap tidaklah berlaku kekangan kesesakan jalan seperti ketika saya pulang ke Kedah seminggu lepas.

Doakan saya sampai dengan selamat.

2 ulasan:

  1. Tahniah. Sajak anaknda dalam BERITA MINGGU. Telah baca. Selmat bertugas semula.....

    BalasPadam
  2. Terima kasih ayahanda. Sajak itu telah lama dihasilkan, kini baru ada rezeki disiarkan.

    BalasPadam