Sebelum saya meneruskan catatan ini saya ingin merakamkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana memberkati perjalanan saya dari Kedah ke Batang Kali. Pelbagai kisah yang berlaku sebenarnya. Bermula dari stesen Shahab Perdana lagi. Bayangkan tiket yang saya beli mencatatkan jadual perjalanan pada pukul 9.15am dan saya terpaksa menunggu hingga jam 11.00 am sebelum bas berlepas. Saya rasa tertipu dengan janji-janji yang ditaburkan oleh penjual tiket tersebut. Apabila ditanya bila bas hendak sampai, dikatakannya bahawa bas lewat sedikit dan akan sampai sebentar lagi.
Saya pun dengan rasa bersabar menunggu dengan penuh percaya yang bas tersebut akan tiba dalam masa terdekat. Setelah menunggu hampir 1 jam saya pun pergi bertanya lagi di kaunter katanya bas dalam perjalanan. Namun saya rasa itu hanyalah ayat-ayat untuk melepaskan diri.
Saya yang bersama ayah saya ketika itu tidak boleh bertahan lagi. "Kalau tak boleh tepati janji jangan jual tiket bas. banyak lagi bas lain yang ada." Begitulah lebih kurang ayah saya menghamburkan kemarahan. Datang pula seorang lagi. "Kak, bila bas nak datang, saya ada kerja di Kuala Lumpur ni." Itulah antara runggutan.
Namun setelah bertengkar di kaunter bas itu, penjual tiket itupun mengatakan bas sudah sampai. Dia memanggil penumpang mengikut nombor bas yang telah diberikan pada awalnya. Malangnya katanya bas asal mengalami kerosakan. Hanya digantikan dengan bas persiaran. Argh sekali lagi saya dan penumpang-penumpang lain ditipunya. Sudahlah harga tiket RM 45.00.
Semasa awal saya membeli tiket penjual tiket itu sendiri memberitahu yang bas itu akan berjalan terus tanpa berhenti dan mengambil penumpang di mana-mana. Namun sebaliknya bas ini berhenti di Sungai Petani untuk mengambil penumpang. Saya rasa bas ini tangkap muat saja untuk mencari keuntungan. Janji hanya sekadar janji. Ini bukanlah luahan perasaan semata-mata. Saya berharap semua pihak yang bertanggungjawab dapat memikirkan sesuatu cara untuk melindungi kami pihak pengguna yang merasakan tertipu.
Assalamualaikum.
BalasPadamSalam perkenalan buat tuan yang disayangi Allah dan Rasul-Nya. Betapa saya berbesar hati menerima kunjungan tuan di laman saya yang tidak seberapa itu. Semoga ada sesuatu yang dapat saya perolehi, tidak lain ilmu penulisan daripada tuan buat saya. Bersama kita berkongsi. Berbanyak terima kasih daripada saya sekali lagi.
Salam ukhuwwah.
salam dari rakan sejawat...
BalasPadammoga kisah tersebut dapat dijadikan pengajaran...
Hak Pengguna yang masih kabur dan kita sendiri masih terfikir berbaloi ke kalau mengadu... Takut sekadar mengadu ..
BalasPadamWaalaikumusalam.
BalasPadamTerima kasih ashrafi kerana sudi kunjung balas. Terima kasih juga atas doa itu. Insyaallah, kita boleh berkongsi pendapat.
Salam ukhuwah juga buat saudara.
Terima kasih Sham yang sudi ziarah ke blog ini. Ya harap-haraplah kisah ini bukanlah isu semata-mata yang tiada jalan penyelesaiannya.
BalasPadamYa Citra Zura, kita ini masih dalam awang-awangan. Kalau kita bersatu pasti ada jalan penyelesaiannya.
BalasPadam