Assalamualaikum.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah pun memasuki Tahun 4 di sekolah rendah sekarang ini. Walaupun PBS ditangguhkan seketika, namun guru dan murid harus meneruskan pembelajaran dan pengajaran (PdP). Oleh itu, di sini saya kongsikan Tema yang dipelajari oleh murid Tahun 4 dalam Bahasa Malaysia. 
1. Kekeluargaan
4. Keselamatan
4. Perpaduan
5. Kebudayaan, Kesenian dan Estetika
6. Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan
7. Sains, Teknologi dan Inovasi
8. Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
9. Pertanian dan Penternakan
10. Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan
Untuk entri kali ini dan beberapa entri akan datang saya akan berkongsi tentang Rancangan Pelajaran Harian (RPH) Bahasa Malaysia Tahun 4 KSSR mengikut tema yang disenaraikan di atas. Contoh RPH ini diperoleh hasil daripada kursus yang dihadiri oleh guru di sekolah saya pada tahun lepas. 
CONTOH RANCANGAN
PELAJARAN HARIAN (RPH)
BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 KSSR
TEMA: KEBUDAYAAN, KESENIAAN DAN ESTETIKA
| 
TEMA | 
KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN
  ESTETIKA | 
| 
TAHUN | 
4 CERIA | 
| 
TAJUK | 
Si Tanggang | 
| 
STANDARD 
PEMBELAJARAN | 
2.6.1 Membaca dan memahami pelbagai bahan bukan sastera  untuk mengenal pasti nilai murni. | 
| 
OBJEKTIF | 
Pada akhir pengajaran, murid dapat : 
i.      Membaca pelbagai bahan bukan sastera. 
ii.     Memahami pelbagai bahan bukan sastera untuk mengenal pasti
  nilai murni. | 
| 
AKTIVITI | 
 
Pemulihan 
Murid mengisi tempat kosong berpandukan
  nilai-nilai murni yang diberi. 
Pengayaan 
- | 
| 
PENGISIAN KURIKULUM | 
Ilmu : Pendidikan Islam / Pendidikan Moral 
Nilai : Hormat-menghormati, Kasih Sayang  
EMK : TMK 
KB     : Mengecam 
BCB  : Bacaan Mekanis 
TKP  : Verbal Linguistik | 
| 
BAHAN BANTU BELAJAR | 
LCD / Petikan / Lembaran Kerja / Tayangan Video | 
| 
PENILAIAN PENGAJARAN DAN
  PEMBELAJARAN | 
Murid dapat membaca dan memahami petikan untuk mengenal pasti nilai
  murni. | 
| 
REFLEKSI | 
31 orang daripada 36 orang murid telah mencapai
  objektif PDP. 
Murid yang belum menguasai diberi bimbingan. | 

wah ! sharing RPH gituew...bagus2.. ;)
BalasPadamMacam2 benda murid2 sekarang ni didedahkan...sebab tu murid2 sekarang ni cerdik2..
BalasPadamsangat bermanfaat perkongsian contoh rph bahasa melaysia ini kepada yang mencari maklumat berkaitan ini..
BalasPadamPembelajaran pun perlu mengikut tema rupanye...
BalasPadamHari tu anak saya ada cerita ttg si tanggang tu.. oh ye, sblum ni ada sy ckp yg anak saya ada yg dlm darjah 3.. maaf, saya tersilap.. darjah 4 tahun ini.. T kasih atas perkongsian ini cikgu.. :)
BalasPadamikan koi
BalasPadam