RM 20.0
Judul: Tetamu Istimewa
Harga: RM 20.00 / RM 25.00 (Sabah & Sarawak)
Tahun terbit: 2013
Jumlah muka surat: 156
Terbitan: Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM)
Penulis: Mohd Helmi Ahmad
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi setelah terbitnya Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa yang juga buku pertama saya. Saya mengharapkan sokongan daripada kalian untuk memiliki buku ini. Di sini saya petik rangsang sari buku ini daripada laman ITBM.
Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa menghimpunkan 15 cerita pendek hasil pertukangan kreatif penulis muda berbakat kelahiran Kedah, Mohd Helmi Ahmad.
Cerpen-cerpen di dalam kumpulan ini menafaskan jati diri remaja dan menunjang nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi.
Watak-watak ditampilkan secara signifikan dan digarap dalam galur cerita yang berseni dengan penuh tanggungjawab. Kisah-kisah motivasi, pengorbanan, kekeluargaan, cabaran alam persekolahan, adat istiadat dan budaya Melayu malah juga persoalan keagamaan diadun cermat dan sesuai dengan penaakulan remaja.
Tetamu Istimewa yang menjuduli kumpulan cerpen ini mengungkapkan ciri berhias budaya Melayu dalam mendidik anak-anak ketika menghadapi saat-saat sukar diuji dugaan wabak penyakit.
"Adik semakin pulih. Dia tidak lagi menangis pada waktu malam. Tidurnya lena dibuai mimpi-mimpi indah. Tetamunya tidak mengganggu lagi."
Saya masih belum terima buku ini daripada ITBM dan belum juga ada stok di tangan saya. Bagaimanapun, buku ini sudah boleh dibeli di Laman ITBM. Klik di sini jika berminat untuk membeli: Tetamu Istimewa.
Wah,tahniah Cikgu.Muka depan buku pun
BalasPadamnampak klasik sangat..Mesti nak beli ini nanti..:)
Terima kasih. Alhamdulillah, ini semua rekaan ITBM.
PadamTahniah.....
BalasPadamTerima kasih Tuan Kahiruddin. Jika berminat sudilah beli dan baca.
Padamtahniah!!!
BalasPadamTerima kasih saudara amirul.
PadamTahniah cikgu...
BalasPadamTerima kasih.
PadamAlhamdulillah.. tahniah cikgu Helmi.. :)
BalasPadamTerima kasih Tuan Khir. Bolehlah beli untuk bacaan keluarga. Sesuai juga untuk anak-anak.
PadamTerima kasih cik akak. Sudilah beli cik akak ya.
BalasPadamcikgu helmi (saya tengok ramai yang panggil saudara cikgu), saya cuba klik pada pautan ITBM tu untuk membeli secara atas talian tp x blh la..blh saya tau di mana boleh saya beli buku ni?teruja nak membacanya.tahniah ye.
BalasPadamTerima kasih atas keterujaannya. Boleh klik pautan yang saya buat itu "Tetamu Istimewa". JIka tidak boleh juga pergi ke laman ITBM. Pasti ada katalog jualannya. Di laman ITBM memang cepat boleh dibeli. Di kedai lambat sikit. Rasanya kedai yang menjual buku ITBM seperti Kedai Buku 1Malaysia, MPH ada sesetangah saja.
PadamKalau kedai macam Muda Osman ada jual tak buku ni?
BalasPadamKedai Muda Osman saya tak pasti pula. Boleh cuba pergi cari.
PadamTahniah cikgu.... ida dah pesan sebentar tadi melalui ITBM... tak sabar menanti hehe
BalasPadamOh, terima kasih Ida atas sokongan yang diberikan. Moga bermanfaat cerpen yang dibaca ya.
PadamSinggah..blogwalking.
BalasPadamTerima kasih Tuan Khairuddin.
Padamnak beli untuk bacaan kami anak beranak..
BalasPadamTerima kasih Kak Kathy.
Padamalhamdulilah akhirnya tahniah cikgu :)
BalasPadamTerima kasih Acik.
Padamfollback was done, indonesia hadir bertamu salam ukhuwah :) boleh juga tuh cerpen2nya ... :)
BalasPadamTerima kasih sudi memenuhi undangan saya. Salam ukhwah dari blogger Malaysia.
Padamnampak buku yang mnarik..
BalasPadamfolback here
Terima kasih. Ya, buku kumpulan cerpen perseorangan saya.
PadamAssalamu'alaikum...
BalasPadamtahniah cikgu...
moge makin sukses
saye follower 757 pada blog ini,terimakasih
salam
Waalaikumusalam, terima kasih.
PadamSalam en helmi....hihi berencik lak...thanks sudi singgah blog kite yg tak seberapa..
BalasPadambw mlm smbl pollow #754
Terima kasih.
Padamalhamdulillah.. tahniah helmi.. :D
BalasPadamAlhamdulillah, terima kasih Aiza.
Padamsalam ...firda datang dan follow sini balik.. wah! penulis yang hebat, terasa segan lah pulak... I will learn more from this blog and akan visit you always...:)
BalasPadamTerima kasih Fyda. Penulis biasa saja.
PadamAssalam
BalasPadamSungguh berseni gambar kulitnya.
Waalaikumusalam, ya gambar kulitnya penuh dengan makna tersirat.
PadamTahniah cikgu. Nampak gayanya, buku ini menjadi salah satu 'wajib beli' semasa PBAKL nanti. Tak sabar nak dapatkan satu! :)
BalasPadamTerima kasih Wan atas sokongan yang diberikan.
Padam