kredit foto dari www.secubitgaramnor67.com |
Saya percaya setiap negeri mempunyai makanan tradisinya. Dan, apabila menyebut makanan tersebut, pasti nama negerinya turut diperkatakan. Bagi saya pekasam merupakan makanan tradisi yang popular di negeri Kedah. Biar sekalipun anda mengatakan bahawa negeri anda juga popular dengan pekasam, saya masih menyatakan bahawa pekasam negeri Kedah tetap yang istimewa. Jangan marah ya.
Mungkin perbezaan itu terletak pada ikan yang digunakan. Jika di Kedah ikan puyu, haruan, lampam menjadi ikan yang sering digunakan untuk membuat pekasam.
Di sekolah, seorang guru yang berasal dari Kodiang, ada membuat pekasam. Oh, saya tanpa melepaskan peluang terus menyambar untuk membelinya. Sejak dari hari itu, setiap hari hidangan berbuka saya dihidangi dengan pekasam. Bagi saya, pekasam pembuka selera saya.
Walau bagaimanapun, saya juga tahu yang ada yang tidak suka akan pekasam. Pertamanya, kerana baunya yang agak kuat. Dan keduanya mungkin menggunakan "ikan darat" (puyu, haruan, lampam).
Kegemaran saya dan ayah. Goreng biar garing, tumbuk cili api, perah asam limau nipis. Makan panas-panas dengan nasi sahaja pun sudah cukup. Lazat!
BalasPadamHui... sedap tu. Ada juga yang suka letak bawang.
PadamSaya jarang makan pekasam kerana faktor susah mendapat stok di area KL dan Serdang. Tetapi tidak bermakna saya akan makan setiap hari walau ada orang menjual di sini.
PadamSuka tips yang diberikan. Kalau terjumpa di nanti, mungkin boleh dicuba masak nanti cara ini.
Huhuhu....
PadamSelamat mencuba!
pekasam kalau dimakan dgn nasi panas2...memang membangkitkan selera.......
BalasPadamBetul tu. Habis tak ada lauk lain pun, dah cukup hanya dengan pekasam.
Padamowh saya sejak kawin dengan orang perak baru reti makan pekasam,1st time rasa masa mak mertua hidangkan perghh lepas tu mesti order tiap kali balik kampung he3..
BalasPadamCinta pandang pertamalah ni. Belum cuba, belum tahukan. Jadi, bila dah cuba mesti nak lagi.
Padamdulu suka jugak pekasam tapi skrg ni dah kureng skit... huhu
BalasPadamKurang sebab apa ya? Bau dia ke? Masing-masing ada makanan kegemarannya sendiri kan.
PadamDulu2 mng tak suka sbb bau dia..tpi sejak 'termakan' ikan perkasam kat kampung member..sedappp..smpai skrang..klu tngok ikn perkasam mmng minatlah..tpi tngok juga ikan perkasam depa buat mcm mana..
BalasPadamAwat, depa buat lagu mana? Betul juga kan, kebersihan tu perlu ditikberatkan. Ikan kenalah bersih.
Padamo0o..pekasam terkenal di kedah ke.baru taw. kat perak tempoyak. btw,, saya tak suka sgt pekasam. memang sedap.tapi bau dia tak tahan.
BalasPadamYa, tempat lain pun ada juga. Seperti yang saya katakan, memang baunya kuat tapi selepas goreng, sedap.
PadamSape kata x suka kalau dah masuk perut sedap ini
BalasPadamDepa yang kata tak sedap tu, depa tak pernah rasa. Huhuhu...
PadamKalau dah masuk dalam mulut, perutpun kenyang.
cikgu, mama tak pernah makan pekasam tau.... hihi, mana nak dapat yer?
BalasPadamOh ya ka. Saya tak pasti pula dekat tempat lain. Di Kedah, banyak tempat yang boleh dibeli.
Padamtak pernah lagi merasa ikan pekasam...macam2 makanan kat Malaysia yang perlu dicuba
BalasPadamBoleh cuba lepas ni. Sememangnya Malaysia kaya dengan jenis makanan. Perlu dicuba.
Padammula2 bertukar ke SP, saya tak reti makan ikan pekasam. 4 tahun berlalu, ikan pekasam ni jadi ole2 bila balik johor. tapi saya hanya beli dari mak anak murid saya di bt lintang. ikannya tak berbau dan tak hancur bila digoreng. kalau di tjg dawai @ pekan rabu tak kena tekak saya
BalasPadamYa, kalau di Pekan Rabu tu, mungkin ikan yang dah lama. Kalau ikan baru sedap.
Padamkebetulan, saya berniaga di Pasar Ramadhan berhampiran dengan peniaga yang menjual ikan pekasam, mmg sedap penangan ikan pekasam ni terutamanya bila makan sahur :)
BalasPadamOh, ya ke. Beruntunglah. Senang nak dapat stok pekasam.
Padambuat sendiri ker. bila nak kawin. kih kih kih
BalasPadamSaya beli ustaz. Ada cikgu di sekolah jual.
PadamSoalan cepu cemas ni. Insya-Allah, sampai masanya nanti, saya jemput.
pekasam mmg sedap
BalasPadampenambah selera gitu
psst..saya ada jual rempah masak hitam...
jom try rasa rempah masak hitam
mana tau membuka selera puasa ni,
atau tuk raya nnt..
tq
Kalau yang suka makan, tahu apa rasanya. Dan, pasti mengidam untuk makan lagi.
PadamInsya-Allah, terima kasih.
ya allah ,terliur .. mesti beli kat bazar ni.
BalasPadamBoleh cari segera. Sebelum terlambat, hehehe
Padamtak makan pekasam, tak pernah makan dan seriously tak pernah tengok bila ianya dimasak. ikan pekasam yg org jiaul tu pernah la tengok. mungkin sbb dari kecik saya tak pernah didik utk makan ikan darat. parents pun tak makan..
BalasPadamtime berbuka, saya mmg jenis tak makan. cukup sekadar buah. hanya bersahur yg makan nasi.
Kalau anak-anak zaman dulu memang "dididik" makan ikan pekasam. Tapi tidak pada anak zaman sekarang ni. Namun ada juga. Selalunya anak-anak Kedah, suka makan.
PadamOh ya ka. Lain orang lain caranya kan.
Pekasam memang sedap.. kalau makan nasi putih panas-panas bersama lauk pekasam pun sudah memadai.. :-)
BalasPadamBetul tu. Kalau goreng panas-panas, kena pula dengan nasi putih panas, mau tambah berpinggan-pinggan nasi.
Padammak acik suka betul benda nie, acik x penh mkn :)
BalasPadamBolehlah cuba lepas ni acik. Mana tahu terpikat.
Padamaiza memang suka makan ikan pekasam ni.. alhamdulillah tempat aiza di lenggong perak memang banyak pembuat dan penjual ikan pekasam.. balik kampung mesti beli di gerai tepi jalan pekasam yang siap dibungkus kedap udara..
BalasPadamKalau orang yang suka makan, mesti tak lepaskan peluang untuk beli bila dah jumpa.
Padamwah bestnyer, kalau dok asrama ni memang susah nak dapat ikan ni..hehe...btw saya follow sini..
BalasPadamSuka makan juga ke? Kalau yang biasa makan, mesti tak lepaskan peluang kalau dapat kan.
PadamTerima kasih.
Kita orang Kedah tak sah no kalau tak pekena pekasam ni.... hehehe.... pekena dengan nasi panas dan toiyu sahaja pun dah sedap...hehehe
BalasPadamBetul tu, Haniff. Peratusan orang Kedah yang tak makan peksam memang rendah kan. Rugi kalau jadi orang Kedah tak reti makan pekasam.
Padamadoi! terbau2 sampai sini...menggoda betul..
BalasPadamYa ka Bunda, lepas ni kena tutup tingkap sikitlah masa goreng. Tak baik kalau jiran bau, kita tak pi hantaq.
PadamDulu saya tak gemarkan ikan pekasam sebab baunya sangat kuat masa menggoreng tu. Tapi bila dah try, sedap pula rasanya. Hehe~
BalasPadamItulah, tak kenal maka tak cinta kan. Bila dah makan, mesti nak lagi.
Padamhe3 perkasam kedah mmg terbaik =) sy suka mkn time balik kg kt kedah
BalasPadamOh ya ke. Kedah dekat mana ya?
Padam