Koleksi Karya

Jumaat, 19 Julai 2013

Mari Kita Luruskan Saf

Assalamualikum semua. Hari ini melangkah kita ke hari Jumaat yang kedua dalam bulan Ramadan. Sempena hari Jumaat penghulu segala hari, saya menurunkan sebuah puisi yang tidaklah seberapa, tetapi sebagai peringatan kepada diri saya sendiri dan rakan-rakan semua. Puisi ini pernah disiarkan buat pertama kali di Berita Minggu.

Dalam konteks negara kita hari ini, pelbagai isu yang dimainkan. Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk memecahbelahkan rakyat Malaysia dan seumpamnya. Jadi, jika kita sukakan negara yang berpecah-belah, lebih baik tinggalkan negara Malaysia yang aman damai ini. 

kredit foto dari www.utusan.com

MARI KITA LURUSKAN SAF

Mari kita luruskan saf penyatuan
yang semakin membengkok
yang semakin rapuh
bagaikan ular dipukul dipalu.

Mari kita rapatkan saf perpaduan
yang semakin renggang
yang semakin berpecah
tiada lagi kekuatan bertahan
musuh mudah menyerang
dari depan mahupun dari belakang
akhirnya tumbang kesemuanya.

Mari kita bangkit dari lena di siang hari
umat Melayuku umat Islamku
saf keagamaan kita perlu diluruskan
sejadah keluhuran kita perlu dibentangkan
agar segala harta kita terjaga
tidak terampas dalam sedar
agar payung bahasa kita terus berkembang
agar roda ekonomi kita terus berputar
kembali umat kita mengikat tali kekuatan.


Alor Setar, Kedah
28/12/2011
Berita Minggu, 18 Mac 2012


Rasanya puisi ini tidaklah kompleks sangat untuk difahami. Sebab itulah saya kongsikan di sini untuk sama-sama kita fikirkan apa-apa yang hendak disampaikan dan dibandingkan pula dalam konteks negara kita. 


31 ulasan:

  1. apa yg sy fhm... utk berjaya, suka or tidak kita sememangnya memerlukan 'org lain' utk berjaya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas pandangan dan tafsirannya.

      Sememangnya untuk berjaya bukanlah sekadar bantuan diri sendiri sahaja, orang sekeliling juga tidak harus dilupakan.

      Padam
  2. alhamdulilah puisi yang bermakna :) acik suka sastera , ada pon yang suka pada puisi , acik sangat suka sajak dan puisi :) thanks sharing ini cikgu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih acik.

      Sememangnya semua orang memiliki kehalusan jiwa untuk merasai dan menikmati keindahan.

      Acik saya mendapat satu ilham untuk membuat satu entri tentang "sajak dan puisi".

      Padam
  3. solat tu tiang agama , ibadah tu tembok agama :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kalau runtuh tiang agama musnahlah segalanya, kalau robohlah tembok agama tiada apa-apa lagi yang boleh melindungi.

      Padam
  4. Ada maksud yang mendalam..dalm puisi ni..semoga kita semua bersatu ..dan jangan cepat goyah walaupn ada yg hendak memecah belahkn kita..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih memberi respon. Perpaduan yang kita pupuk harus dipertahankan. Jangan kerana beza fahaman dan sebagainya kita merobohkan tembok perpaduan.

      Padam
  5. Nice puisi ni cikgu. Sama2 kita hayati & ambil pengajaran.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itupun tujuan saya menulis. Moga ada yang membaca dan menghayatinya. Terima kasih, Aida.

      Padam
  6. Taklah pandai sangat cik akak. Bolehlah.

    BalasPadam
  7. sama-sama kita bersatu padu.. jangan berpecah belah hanya kerana perbezaan fahaman politik dan agama..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bersatu itu sebenarnya kekuatan kita. Jadi, mengapa kita hendak berpecah belah kan. Tidak salah berpolitik, namun harus ada sifat hormat menghormati.

      Padam
  8. Puisi yang menarik..ada maksud tersirat yang mendalam...teruskan berkarya harap-harap kita para bloggers pun turut bersatu padu dalam dunia cyber ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Ya, para bloggers juga perlu bersatu. Bersatu kita akan menjadi lebih kuat dan erat.

      Padam
  9. saf kena rapat nnti ada syaitan menganggu tapi kat masjid ramai yang tak nak rapat2xkan saf..begitu juga dengan perpaduan Islam skarang, bersatu ke? suma pentingkan negara masing2x..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah yang harus kita ubah. Syaitan mudah saja menghasut apabila ada saf-saf yang retak dan renggang.

      kalau sesama bangsa, agama pun berbalah, susahlah kita hendak bersatu.

      Padam
  10. Salam.

    Saf tu, boleh dikatakan sebagai perlambangan perpaduan. Sekarang ini, saf bukan sekadar bengkak bengkok, tapi dah mula nampak lompongnya.

    Kalau dapat dihidupkan amalan solat berjemaah itu, dalam keluarga kecil, alangkah bagusnya. Itulah asas kepada level seterusnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam, terima kasih atas tafsiran puisi saya.

      Setuju, soalat jemaah mampu mengeratkan silaturahim dan membina benteng perpaduan.

      Padam
  11. ayuh kita luruskan...agar tidak ada kekosongan...... seia sekata..... sehati sejiwa....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom! Yang jauh kita dekat-dekatkan, jauh dekat kita rapat-rapatkan. Moga wujud satu benteng pertahanan yang ampuh.

      Padam
  12. tapi mostly saya semayang jemaah kat surau kann.. jemaah tak faham konsep rapat2kan saf nieh.. dowg mengamalkan konsep sorang satu sejadah.. camna tuhh???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Barangkali mereka tidak tahu ataupun mereka ambil mudah dengan isu ini.

      Padam
  13. hebat puisi sahabat...mendalam maknanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hebatnya hanya pada kata-kata pembaca. Terima kasih sudi membaca dan memahaminya. Moga bermanfaat.

      Padam
  14. puisi kesedaran..alhmadulillah..but seriously kalau bab saf dalam solat, saya memang ambil berat, masa terawih, sesetangah student tak mahu betulkan saf, berdiri rapat2, malah ada yang bengkang bengkok..saya pun tak faham dengan segelintir daripada mereka ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.

      Saya hanya menegur melalui puisi. Saya tahu ramai yang tidak membaca puisi, namun harapan saya setelah ada yang sudi baca bolehlah mereka ini betulkan kawan-kawan, keluarga, masyarakat. Mereka ini perlu ada kesedaran.

      Padam
  15. hebat puisi cikgu..alangkah indahnya kalau saf solat subuh penuh spt solat jumaat =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasa-biasa saja faiz. Kita doalah sama-sama moga impian ini menjadi kenyataan.

      Padam