Hari ini merupakan hari pertama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 dibuka. Entah bagaimana ya, suasana dan keadaan di sana. Pasti meriah!
Pada dua hari lepas, saya membuka emel dan agak terkejut dengan tajuk emel yang diterima. Diskaun Eksklusif 50% Pembelian Buku ITBM di PBAKL 2013. Wah, setahu saya hanya penulis di bawah ITBM sahaja akan menikmati tawaran ini. Kalau tak salah saya juga, diskaun 40% pun hanya dibuka sekitar 1 jam setiap hari iaitu pada pukul 10.30 pagi hingga 11.30 pagi.
Sebelum menerima tawaran ini saya juga telah merancang untuk merebut diskaun 40% ini dengan menghadirinya sekitar jam yang telah ditetapkan. Tetapi, perancangan Allah SWT ternyata lebih baik. Diberinya tawaran ini kepada saya yang telah merancang untuk membeli buku terbitan ITBM dengan jumlah judul yang bagi saya agak banyak. Alhamdulillah (tidak sia-sia juga saya mengulas buku terbitan ITBM selama ini menerusi buku Gunting-Marsli N.O, Bidadari Burung-S.M Zakir, dan Merangkai Kisah Merenda Kata-Marsli N.O). Ternyata ITBM mampu menyemarakkan dunia penerbitan buku sastera di Malaysia ini.
Cara untuk membuat pembelian nanti, saya hanya perlu mencetak emel itu yang sudah tertera nama saya. Cukup dengan menunjukkan keratan emel itu bersama kad pengenalan saya sebagai bukti penerimaan tawaran tersebut kepada petugas di kaunter. Terima kasih kepada pihak ITBM, walau pun saya ini belum lagi layak digolongkan dalam penulis buku yang sebenarnya kerana manuskrip saya belum pun diberitakan lulus. Masih menanti dengan penuh kesabaran.
Jangan lupa untuk dapatkan juga naskhah-naskhah terbitan bersama Legasi Oakheart dan Institut Terjemahan & Buku Malaysia di PBAKL. Dapatkan Cantuman Mimpi dan Retrospeksi di gerai ITBM nanti!
BalasPadamInsyaallah, saya akan dapatkannya nanti. Semoga kalian terus berjaya.
BalasPadam