Koleksi Karya

Rabu, 24 April 2013

PBAKL 2013 Medan Pertemuan antara Penulis dengan Pembaca


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 hampir tiba. Sudah bersediakan anda untuk menyerbunya nanti? Selain membeli buku dengan harga "runtuh" atau "promosi", apakah yang anda harapkan apabila mengunjunginya? Saya fikir, selain membeli buku, dapatlah bertemu atau bertentang mata dengan penulisnya. Jadi, pelbagai acara yang telah diaturkan. Saya lihat ITBM telah mengatur program bersama penulisnya, contohnya Wawancara Sofa Putih, sesi autograf. Oleh itu, rebutlah peluang untuk bertemu dengan penulis kesayangan anda. 

Saya juga bercadang untuk memperbaharui langganan majalah Tunas Cipta saya yang akan berakhir bulan Mei ini. Kemudian, mahu juga saya bertanya sekiranya langganan Dewan Sastera saya yang akan berakhir Jun nanti sudah boleh diperbaharui juga. Jika boleh, insyaallah akan saya mengambil peluang ini untuk memperbaharuinya. 

Para penerbit juga telah melancarkan perang promosi untuk menarik perhatian pembaca untuk membeli buku keluaran mereka. Di samping itu, sudah tentulah banyak buku baharu yang akan dilancarkan nanti. 

Alamak, bertambah gilanya saya apabila melihat buku-buku terbitan terbaharu ni. Rasanya kalau bawa RM 300.00 memang tak cukup. 

Selamat membaca! 

2 ulasan:

  1. Selamat mengunjungi PBAKL cikgu. Juga selamat memesrai buku dan ilmu. Sayang sekali, Kak Long tak dapat hadir memeriahkan gerai buku ITBM tahun ini.

    Selain 'Wawancara Sofa Putih' tu, Kak Long turut difahamkan setiap pembelian RM 50 dan ke atas di gerai ITBM, para pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah lumayan berupa tiket penerbangan pergi balik ke London.

    BalasPadam
  2. Oh, begitu.

    Ya, dapat pergi ke London. Rasanya kalau saya membeli-belah memang melebihi RM 50.

    Blog Kak Long tu, tak ok lagi ke?

    BalasPadam