Alhamdulillah, lama juga menanti cerpen ini sebelum disiarkan dalam Mingguan Wanita, edisi 12-18 April 2013. Terima kasih kepada editornya.
BENDUL DI RUMAH NENEK ini telah lama saya tulis. Dan beberapa kali juga bertukar tajuk. Sebenarnya, susah juga untuk menjudulkan sesebuah karya. Kadangkala tajuk yang diberi langsung tidak berkaitan. Adakalanya pula, tajuk yang diberi mudah diterka oleh pembaca. Akhirnya, tidak lagi menimbulkan suspen untuk pembaca. Segala-galanya perlukan ketelitian dan kekreatifan penulis dalam menukang karyanya.
Selamat membaca!
P/S: Hendak menulis cerpen tetapi tidak ada masa. Kalau adapun sempat mengedit cerpen lama sahaja. Hampir 10 buah cerpen yang saya hantar sepanjang tahun ini. Kebanyakannya cerpen lama yang saya murnikan semula. Kalau percubaan tahun-tahun lepas tidak menjadi, harap-harap tahun ini dapatlah hasilnya.
P/S: Hendak menulis cerpen tetapi tidak ada masa. Kalau adapun sempat mengedit cerpen lama sahaja. Hampir 10 buah cerpen yang saya hantar sepanjang tahun ini. Kebanyakannya cerpen lama yang saya murnikan semula. Kalau percubaan tahun-tahun lepas tidak menjadi, harap-harap tahun ini dapatlah hasilnya.
Baik juga dimurnikan karya yanga da daripada tidak menulis langsung.
BalasPadamTerus dan terus berkarya, cikgu!
#sudah ada perkhabaran kumpulan cerpennya?
Terima kasih Jamilah yang tidak jemu melontarkan kata-kata semangat.
BalasPadamBersama-samalah kita menulis.
Belum ada perkhabarannya lagi. Saya fikir masih dalam penilaian. Saya belum berkira-kira hendak bertanya. Barangkali manuskrip yang masuk ke ITBM semakin bertambah. Jadi, semakin lamalah hendak mengetahui jawapannya dan lagi lamalah hendak terbit. Tempohnya sekarang baru (4 bulan lebih dari tarikh penghantaran)
Saya sedang menyusun kumpulan puisi dan sebuah lagi kumpulan cerpen. Doakan dapat hantar pada tahun ini juga.
Tahniah! Baru saja baca tadi (^___^)
BalasPadamAda Facebook tak ya? Ada sesuatu yang saya ingin tanyakan, berkenaan dengan Sastera.
Melihat karya bang Helmi, Su teringat pula karya-karya lama yang terbiar dan tersimpan. Mungkin boleh dimurnikan dan menambahbaikkan lagi. Masih belum ada karya Sue tersiar lagi awal-awal tahun ni. huu
BalasPadamTahniah ya. Cemerlang berkarya!
Terima kasih Ilmar Imia.
BalasPadamSaya tidak ada Facebook. Kalau ada soalan boleh hantar ke emel saya mie_adham86@yahoo.com
Sue, kadangkala karya lama yang dimurnikan semula, akan bertambah baik kerana kita tahu di mana kekurangan yang boleh kita baiki. Kebanyakan karya abang yang tersiar tahun ini ialah karya lama. Hanya dua tiga buah saja karya baru. Cubalah!
BalasPadam