Saya tidak pernah membeli buku secara langganan sama ada daripada syarikat penerbitan ataupun dengan penulisnya sendiri. Tetapi, saya tergerak hati untuk membeli buku Marsli N.O ini. Setelah beberapa buah karyanya sebelum ini sangat mengujakan saya.
Oleh itu, saya mengambil inisiatif dengan menghantar emel kepada beliau untuk menanyakan akan stok buku tersebut. Alhamdulillah, stoknya masih ada. Kemudian, saya senaraikan buku-buku tersebut. Antaranya, Hanya Kata, Negeri, Ini Anak, Kepada Angin Juga (kumpulan puisi), Menanti Buraq dan Politikus, Badut & Sebuah Cermin (kumpulan cerpen).
Beliau melarang saya memasukkan duit terlebih dahulu. Katanya, selagi buku belum selamat sampai, jangan berbuat apa-apa. Beliau akan sertakan nombor akuan dalam bungkusan buku tersebut.
Setelah menerima buku barulah saya masukkan duit kepada beliau. Terima kasih Marsli N.O. Moga buku-buku ini mencambahkan idea dan mencerna minda saya untuk menghasilkan karya yang lebih bermutu.
Nampaknya, bulan Mac saja saya telah membelanja lebih RM 200 untuk membeli buku baru.
P/S: Tahniah kepada rakan penulis yang karya mereka tersiar di Berita Minggu dan Mingguan Malaysia hari ini. Antaranya, Wadiassofi, Efandi Yusoff, Husna Nazri.
Sdr Mohd Helmi: Semoga tetap tabah dan gigih untuk terus menuliskan karya-karya yang merenung dan menukik. Jangan mudah patah dan mundur.
BalasPadamMARSLI N.O
Terima kasih Tuan Marsli yang sudi singgah di sini.
BalasPadamYa, moga catatan yang Tuan tinggalkan pada setiap buku tersebut mampu memangkin semangat untuk saya terus menulis.