Koleksi Karya

Sabtu, 16 Februari 2013

Cerpen: Gadis Facebook di Mingguan Warta Perdana


GADIS FACEBOOK merupakan cerpen saya yang pertama disiarkan di Mingguan Warta Perdana pada tahun 2013. Cerpen ini disiarkan untuk edisi 17 Februari 2013

Sebenarnya, cerpen ini telah lama saya hantar. Sekitar bulan November 2012. Walaupun terperam lama, saya masih berpuas hati kerana masih mendapat tempat. Terima kasih editornya. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang memberitahu.

Kepada pembaca sudilah mendapatkannya. Selepas baca bolehlah memberi komen ataupun pendapat.

6 ulasan:

  1. tahniah =)

    selalu ikut tapi x sempat nk komen sebab internet problem. ni pun xtau lepas ke x.. dtg bangi gtau ok..

    BalasPadam
  2. Terima kasih Citra Zura.

    Akhirnya, berjaya juga tinggalkan komen.Dah lama menunggu komen emas ini.

    Insyaallah.

    BalasPadam
  3. Terima kasih Kak Long.

    Sama-samalah kita berkarya.

    BalasPadam
  4. Tahniah!

    Sebab itulah harus dibukukan cerpen-cerpennya. Mahu membaca cerpen-cerpen cikgu...

    Tentang komen saya tentang "cenderahati kasih", ia pendapat saya, dan mungkin orang lain suka dan mendapat sesuatu daripada naskah itu. Memang tidak dapat memuaskan hati semua pembaca, sekurangnya apabila sudah terbit menjadi buku, pembaca boleh menilai. Tentu ramai menantikan kehadiran kumpulan cerpen Tetamu IStimewa

    Wassalam...

    BalasPadam
  5. Terima kasih Jamilah.

    Oh, besar harapannya itu. Sebelum itu kena tunggu lulus atau tidak dulu.

    Sebenarnya saya tidak dapat menilai karya saya itu dengan jujur. Barangkali karya itu sering dibaca oleh saya dan entahlah sudah hilang rasa untuk menilainya. Barangkali pembaca yang belum pernah membacanya akan menemui sesuatu.

    Saya tidak mengharap lebih, cerpen yang saya kumpulkan itu adalah cerpen remaja. Walaupun saya merasakan cabarannya tidak kurang juga kerana tidak ramai yang menerbitkan kumpulan cerpen remaja.

    BalasPadam