Akhirnya, saya berjaya juga membeli printer baharu. Setelah printer saya yang lama rosak. Cadangnya saya hendak beli yang tangki dakwatnya di luar. Tapi tak ada. Kena buat asing. Ada yang kata, tangki di luar susah hendak jaga dan barangkali akan mengalami kesulitan. Namun, memandangkan penggunaannya yang banyak, saya kira saya perlu juga buat nanti. Jimat sikit.
Saya fikir, memiliki printer ini bukan lagi kehendak, tetapi keperluan. Memandangkan susah juga hendak menggunaka printer di sekolah. Di kedai pula pasti, cas yang tinggi akan dikenakan.
Saya kira, di Kuala Lumpur, pasti harganya lebih murah. Tetapi mempertimbangkan kembali kos yang lain saya fikir saya berpuas hati dengan harga belian ini.
Benar, cikgu. Kak Long siap beli jenis lebih kurang sama dengan yang digunakan pejabat. Guna Canon Laser Shot yang pakai 'toner' tu huahuahua. Padan muka Kak Long hehe. Walau jenis apapun, paling mustahak boleh melancarkan kerja-kerja mencetak dalam kuantiti yang banyak, tanpa perlu 'menumpang' sesiapa :D
BalasPadamYa, Kak Long. Mulanya saya fikir tidak mahu beli juga. Tapi memandangkan hendak guna susah dan mahal harganya jika hendak mencetak di kedai, lebih baik saya beli sendiri.
BalasPadam*Betul tu. Menumpang sesekali bolehlah, tapi kalau banyak kali...masam juga mukanya.