Pengikut

Isnin, 24 Disember 2012

Ulasan Cerpen: Emosi Sebagai Tenaga Penggerak Cerita


Sesiapa pun pasti mengalukan sesiapa pun  untuk memberi ulasan kepada karya yang telah dihasilkan dengan tujuan karya itu akan diperbaiki malah untuk penghasilan karya seterusnya bertambah baik dari yang sebelumnya. 


Saya berasa berbesar hati apabila cerpen PEAH AKU MAHU PULANG telah diulas oleh seorang penulis yang begitu hebat dan saya kagumi, iaitu S.M. ZAKIR. Beruntunglah kepada penulis yang karyanya (cerpen) tersiar di TUNAS CIPTA.


Selain tersiar, setiap cerpen yang tersiar akan diulas oleh S.M. ZAKIR. Begitulah cerpen PEAH AKU MAHU PULANG. Saya berasakan ulasan cerpen ini lebih baik dan membugarkan bunga ceria di hati berbanding ulasan cerpen ADIWIRA SELAT MELAKA.

Ucapan terima kasih kepada S.M. ZAKIR. Akan saya perbaiki lagi untuk cerpen mendatang.

4 ulasan:

  1. Tahniah Abang Helmi.

    Saya juga berasa teruja apakala karya cerpen yang tersiar di Tunas Cipta menerima ulasan daripada S.M Zakir.

    BalasPadam
  2. Terima kasih, Fathul.

    Apabila mendapat ulasan daripada penulis yang hebat pasti berasa teruja.

    BalasPadam
  3. Tahniah cikgu, Kak Long baru baca Tunas Cipta semalam. Teruslah berkarya!

    BalasPadam
  4. Terima kasih, Kak Long. Sama-samalah kita menyemarakkan dunia penulisan ini.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78