Koleksi Karya

Ahad, 16 September 2012

Saya Nak Jadi Penulis

Cerita Pertama:
Saya bertemu dengan seseorang yang tidak dikenali mahupun dia juga tidak mengenali saya. Waktunya sangat tidak menentu. Kabur. Dia meluahkan kepada saya hasratnya yang hendak menjadi seorang penulis. Hanya itu yang diulang cakapnya sepanjang pertemuan yang entah berapa lama. Setelah saya menyoalnya sudah berapa buah karya yang telah dihasilkan, dia hanya menggeleng kepala sesekali tersenyum. Itu bermakna dia belum mula menulis. Jadi saya menyoalnya lagi bilakah masanya dia hendak mula menulis. Jawapannya entahlah, tetapi saya berhajat benar untuk menjadi penulis. Kalau boleh sampai ke akhir hayat.

Dialog Pertama:
Saya   : Kamu kata kamu hendak jadi penulis. Betulkah?

Penulis: Ya, saya hendak jadi penulis. Kalau boleh penulis yang hebat dan dikenali ramai. Biarlah orang akan ingat saya sampai mati.

Saya   : Sudah berapa buah karya yang telah dihasilkan? Sudah tentu karya-karya itu hebat-hebat.

Penulis: Oh, belum lagi! Saya belum mula menulis. Saya akan tunggu idea yang baik saja untuk menulis. Saya tidak akan menulis dengan idea 'sampah' atau idea yang sudah basi. Atau orang cakap idea klise.

Saya   : Habis bilakah masanya idea mahakarya itu akan turun?

Penulis: Saya sedang menunggu.

Dalam cerita ada dialog. Dalam dialog ada cerita. Cerita dan dialog itu mampu berdiri sendiri sekiranya binaan asasnya kukuh.

Dialog dan cerita ini tiada kena mengena yang hidup mahupun yang telah kembali ke rahmatullah.
*Saya itu tidak semestinya saya. Makna lain bukan pemilik blog. Saya itu boleh sesiapa saja. Saya itu merujuk kepada kata ganti nama diri pertama untuk bertutur.

5 ulasan:

  1. Hm. tidak akan menjadilah penulislah jika tidak menulis.

    Idea tidak akan turun daripada langit.

    BalasPadam
  2. Ya, Jamilah, untuk menjadi penulis bukan sekadar hanya menjajanya sahaja, perlu disusuli dengan tindakan.

    Untuk menjadi penulis luar biasa pasti bermula dengan penulis biasa.

    Tidak semestinya idea yang baik sahaja mampu melahirkan karya yang bermutu.

    BalasPadam
  3. Saya pernah berjumpa seorang lelaki di pertengahan umur. Dia berminat ingin menjadi penulis. Saya seperti saudara bertanya sudahkan mula menulis? Dia hanya tersenyum. Pernah tulis di blog? Dia senyum lagi.

    Dia pernah bertandang pelbagai kursus menulis tetapi harapan tinggal harapan.

    Ini memberi pengajaran kepada saya, jika tak mula sekarang, mungkin saya bakal menjadi sepertinya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nisah Haron selalu menegaskan bahawa, kalau hendak jadi penulis, perlu bermula dari sekarang. Mulakan yang sedikit dulu, tulis apa-apapun walaupun sehari sebaris ayat.

      Padam
    2. Saya setuju. Dan saya rasa perlu lebih daripada itu. Berdasarkan beberapa buku penulisan yang saya baca, jelas penulis menyarankan sekurang kurang 10 minit masa diluangkan bagi penulis menulis apa-apa sahaja terlintas di fikiran.

      Latihan ini akan membuahkan hasil, walaupun tidak serta merta.

      Padam