Tatkala saya membelek-belek fail yang menyimpan karya saya yang tersiar (fotostat) saya terpandang akan surat penghargaan yang dikirimkan Tunas Cipta pada tahun 2009. Surat ini akan dikirimkan beserta senaskah Tunas Cipta untuk memberi penghargaan kepada penyumbang karya kepada Tunas Cipta.
Saya teringat lagi sewaktu sekitar tahun 2009. Saya tidak tahu yang Tunas Cipta akan mengirim surat penghargaan dan senaskah Tunas Cipta kepada penyumpang karya pada bulan yang mana karya penulis tersiar. Sehinggalah saya menerimanya sekitar awal bulan Jun 2009. Sebelum ini puisi saya pernah tersiar di Tunas Cipta bulan Februari iaini puisi pertama tersiar di Tunas Cipta dengan judulnya KL Masih Berlumpur.
Semenjak saya tahu yang Tunas Cipta mengirim senaskah Tunas Cipta menjadikan semangat saya untuk menunggu pada bulan-bulan berikutnya semakin berkobar-kobar. Setiap kali di penghujung bulan mahupun memasuki awal bulan saya akan menunggu-nunggu posmen memasuki rumah saya. Jika ada sampul surat yang besar sekitar saiz A3 itu tahulah saya tentu sampul daripada DBP. Kerana pada ketika itu saya juga tidak tahu yang Tunas Cipta juga mempunyai Facebook-nya sendiri dan akan dipaparkan Kandungan Menarik Tunas Cipta setiap bulan. Memandangkan saya tidak ada kemudahan internet dan saya juga pada ketika itu menghantar karya menggunakan pos hanya sekadar menanti dan terus menanti posmen membawa berita gembira.
Surat penghargaan yang masih disimpan |
Suka. Ini entri berharga. Buat panduan yang mahu menulis. tahniah kerana sangat istiqamah menulis..
BalasPadamMemang harus dibukukan cerpen yang pernah tersar.
Terima kasih Jamilah kerana menghargainya.
BalasPadamInsyaallah jika ada peluang mahu juga bukukan karya itu.
Saya dapat membayangkan kegembiraannya walaupun pengalamannya berbeza.
BalasPadamYa, walaupun dunia hari ini sudah canggih dengan teknologinya, saya sempat juga merasai pengalaman menghantar karya melalui pos.
BalasPadamKegembiraan itu hanya orang tertentu sahaja yang dapat merasainya. Iaini penulis.
Terima kasih saudara Jamal Ali.
Kenangan menghantar dengan pos itu sangat menarik. Saya sendiri pernah menghantar karya bertulisan tangan sendiri suatu masa dahulu. Zaman budak mentah!
BalasPadamLebih menarik menggunakan kaedah tradisional rasanya berbanding e-mel!
Harus kongsikan lagi pengalaman saudara menulis. Jadi pencetus semangat juga
Sekiranya ada yang sudi membaca saya sedia berkongsi.
BalasPadamHarapan saya, perkongsian itu dapat mencetus semangat kepada penulis-penulis yang baru hendak bermula.
Terima kasih Jamilah.