Pada 11 hingga 13 September 2012 yang lalu PPD Hulu Selangor telah mengadakan Kem 1 Murid 1 Sukan yang bertempat di Kompleks Sukan Kuala Kubu Bharu. Kem ini disertai 18 buah sekolah termasuk sekolah saya. Setiap sekolah yang terlibat dikehendaki menghantar 4 orang murid dalam kalangan murid tahun 4 dan 5. Dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan serta seorang guru pengiring.
Kem ini adalah bermatlamat untuk memupuk semangat kesukanan dalam kalangan murid, membuka minat murid untuk bersukan serta menjalinkan semangat kerjasama. Selaras dengan dasar 1 Murid 1 Sukan yang diperkenalkan secara tidak langsung murid digalakkan melibatkan dalam aktiviti kokurikulum.
|
sesi ice breaking yang dikendalikan oleh murid Sek. Men Agama Tinggi Kuala Kubu Bharu |
|
sukan-hoki antara yang diajar |
|
sukan- bola jaring |
|
sukan-badminton yang diajar teknik asas tanpa menggunakan riket |
|
sukan- sepak takraw. perempuan pun boleh main |
|
sukan-bola sepak. walaupun gelanggang kecil masih boleh bermain |
Kem ini bukan mengajar murid untuk menjadi seorang pemain profesional, sebaliknya mendedahkan murid dengan teknik asas bermain kelima-lima sukan tersebut. Walau bagaimanapun saya tidak nafikan daripada teknik asas inilah yang bakal menjadikan murid ini seorang pemain profesional kelak.
Saya melihat perhubungan mereka dalam menjalankan aktiviti berkumpulan sangat baik terutamanya murid India dan Cina. Setiap peserta memberi kerjasama. Diharap selepas mereka kembali ke sekolah dapatlah disebarluaskan kepada rakan-rakan yang lain tentang ilmu yang dipelajari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan