Saya rasa tidak terlambat untuk saya berkongsi cerpen saya yang tersiar di MINGGUAN WARTA PERDANA edisi 22 Julai 2012 ini. WALID merupakan judul yang dipertaruhkan. Kepada yang telah membaca cerpen ini bolehlah berkongsi pandangan anda dengan saya.
Walaupun tersiar di akhbar tabloid saya sangat berbangga. Secara tidak langsung saya dapat berkongsi dengan pembaca. Terima kasih kepada editor yang tidak jemu melayan karya-karya yang saya hantar.
Cerpen ini merupakan cerpen lama yang ada dalam simpanan saya. Biarpun sudah diusung ke sana ke mari akhirnya Allah SWT telah menetapkan yang rezeki cerpen ini di sini jua.
*Nasihat saya kepada penulis-penulis muda jangan mudah berputus asa sekiranya karya anda pernah ditolak oleh editor. Berusahalah lebih gigih untuk mencapai apa yang anda hajati.
Tahniah abang Helmi.
BalasPadamSue sematkan dalam memori nasihat abang Helmi itu. - "Jangan pernah berputus asa sekiranya karya pernah ditolak editor. Berusahalah lebih gigih untuk mencapai apa yang anda hajati."
Terima kasih. :)
Terima kasih Sue. Ya, pepatah ada mengatakan usaha itu tangga kejayaan.
BalasPadam