Alhamdulillah, cerpen saya terpilih sekali lagi untuk disiarkan di majalah WANITA keluaran Julai 2012 sempena bulan Ramadan. Sudilah dapatkan majalah tersebut untuk menikmati Dangai Ramadan. Barangkali ada yang tidak mengenali kuih ini. Bagi yang mengenalinya tetapi tidak tahu membuatnya bolehlah membaca cerpen ini. Saya tidaklah menjelaskan secara terperinci sangat akan hal pembuatan kuih ini tetapi secara tidak langsung memberi gambaran secara ringkas.
Cerpen ini jika tidak silap saya hasilkan pada tahun lepas. Tetapi tidak bernasib baik untuk disiarkan. Barangkali rezekinya di sini di majalah WANITA. Terima kasih kepada editor WANITA.
Tahniah anaknda....rezeki.
BalasPadamTerima kasih ayahanda. Alhamdulillah, Dia masih menlimpahkan rezeki-Nya kepada anakanda. Amin
BalasPadamBaru terpandang. Tahniah cerpen dalam Mingguan Perdana WALID. Alhamdulillah, hebat....
BalasPadamAlhamdulillah, setelah beberapa buah cerpen saya hantar tersiar juga WALID. Terima kasih ayahanda.
BalasPadamWah, bila penulis lelaki menembusi majalah wanita, hebatnya!! Tahniah!
BalasPadamTerima kasih Aina Nabila. Penulis tidak menjadi hal yang penting mesej yang hendak disampaikan haruslah bersesuaian dengan media itu.
BalasPadam