Pengikut

Isnin, 25 Jun 2012

Langganan Dewan Sastera



Setelah melanggan Tunas Cipta selama setahun, kini tibalah pula giliran Dewan Sastera. Semalam saya dan kawan saya ke Shah Alam untuk menghadiri kenduri perkahwinan. Kemudian kami terus ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Dengar khabarnya DBP sedang mengadakan sambutan ulang tahunnya. Antara aktivitinya adalah jualan buku. Saya langsung mengambil peluang itu untuk ke koperasinya untuk membelek-belek buku yang boleh dibeli. Akhirnya, buku yang berjaya menawan hati saya adalah:

1) Taman Puspa (kumpulan cerpen) - Anis
2) Anak Kampung Kuala Raga - Azizi Abdullah
3) Menyusur Musim (kumpulan puisi) - Lim Swee Tin
4) Piramid (kumpulan puisi) - T.Alias Taib

Hanya itu dan hanya itu sahaja yang saya beli.

Kemudian saya juga telah melanggan Dewan Sastera selama setahun mulai Julai 2012.

Semasa saya pergi ke koperasi DBP itu, lengang-sunyi sahaja. Tidak macam pesta-pesta buku di luar sana. Apa yang tidak kena pun saya tidak tahu. DBP perlu lebih selangkah ke hadapan dalam mempromosikan acara sebegini.

Alangkah, alangkah terkejutnya saya tatkala memasuki koperasi DBP. Dalam masa yang sama kata-kata penjual buku di Toko Buku Cahaya Baru di Kedah masih terngiang-ngiang ketika itu, "Tunas Cipta bulan Jun belum sampai." Tapi kenapa stok TC, dan majalah-majalah yang lainnya bulan Jun 2012 bertimbun-timbun di koperasi DBP. Hendak buat apakah mereka? Pekasam? Dan saya hairan juga kenapa penghantaran majalah menjadi lambat sedangkan untuk menatap majalah keluaran terbaharu perlu menunggu hingga ke pertengahan bulan. Saya pun tidak faham.

2 ulasan:

  1. Iya cikgu, saya pun berasa amat-amat terkilan, di mana begitu sukar nak dapatkan majalah-majalah terbitan DBP di sekitar Batu Pahat. Di kedai-kedai buku sekitar KL juga selalu tiada! Jadi, saya selalu terlepas untuk dapatkan majalah pada setiap keluaran dan terpaksa ke koperasi DBP untuk membelinya.

    Saya juga tertanya-tanya, bagaimana wahana penulisan & sastera dapat mendekati masyarakat jika salurannya sukar untuk didapati? Kerana peminat majalah2 DBP ada di mana-mana.

    BalasPadam
  2. Suhada jika ada rezeki dan sedikit wang saya sarankan untuk saudari langgan sahaja majalah-majalah tersebut.

    Iya, ramai yang menanti-nantikan kehadiran majalah terbaharu. Sepatutnya jangan dibiarkan pembaca terkilan begitu, takut nanti bertimbun-timbun sahaja dalam stor DBP.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78