Koleksi Karya

Khamis, 14 Jun 2012

Getaran yang Berlainan

Alhamdulillah, getaran yang melanda diri saya sudah beransur pergi. Seperti yang pernah saya maklumkan sebelum ini jemaah nazir ada berkampung di sekolah saya selama tiga hari. Bertapa kami pihak sekolah terkurung dalam gelombang kegelisahan.

Saya selaku guru baharu tentulah merasainya lebih daripada guru-guru lain. Memandangkan nazir yang datang itu merupakan opsyen Bahasa Malaysia, Bahasa Cina dan Matematik. Ketiga-tiga nazir itu berbangsa Cina.

Saya tidak menyangka dan agak terkejut kerana nazir yang berbangsa Cina itu menyelia bahagian Bahasa Malaysia. Jujur saya katakan jika saya tidak melihat wajahnya hanya mendengar suaranya saya akan menyatakan itu adalah suara orang Melayu. Bertapa fasih dan cukup petah berkata-kata dalam Bahasa Malaysia. Saya sangat kagum. Malah pengetahuannya tentang Bahasa Melaysia juga cukup tinggi. Layaklah dia untuk menjadi nazir dalam Bahasa Melaysia.

Selepas membuat pencerapan dia telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya. Atas bimbingan itu saya merasakan caranya cukup efektif dan prihatin.

Esok masih berbaki sehari nazir-nazir ini di sekolah saya. Dan perjumpaan secara besar-besaran akan diadakan. Harap-harap tiadalah masalah yang akan berlaku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan